Nik Wallenda berjaya merentasi gaung sedalam 1,500 kaki di atas kabel sejauh 1,400 kaki tanpa menggunakan jaring dan jaket dengan tali keselamatan pada Ahad, 23 Jun 2013 |
Nik Wallenda tersenyum gembira selepas menyeberangi gaung sedalam 1,500 kaki dan sejauh 1,400 kaki di atas kabel tinggi yang setebal 2 inci di Arizona berdekatan Grand Canyon pada Ahad, 23 Jun 2013 |
Nik Wallenda memerhati cerun-cerun curam Little Colorado River Gorge sebelum melangkah keluar di atas kabel tali tegang sepanjang suku batu, "Wau! Pemandangan yang hebat."
Dengan pemerhatian itu, pejalan tali tinggi terkemuka itu memulakan perjalanan petang Ahad tanpa jaring dan tanpa jaket dan tali keselamatan, 1,500 kaki ke atas Little Colorado River Gorge di timur utara Arizona.
Perjalanan 22 minit yang berjaya dilakukan di atas kabel setebal 2 inci telah diperhatikan orang di sekeliling dunia melalui skrin televisyen dan komputer semasa siaran aksi Wallenda yang paling hebat setakat ini.
Mereka menonton sementara tiupan angin menguji akrobat nekad ini, dan mendengar sambil dia memanggil kepada Tuhan untuk menstabilkan kabel yang berhayun dan sambil dia memberi penghormatan kepada moyangnya yang terkenal. Aksi berani ini menjadi topik terhangat di Twitter pada petang Ahad.
"Sungguh sukar dipercaya," katanya kepada para wartawan kemudiannya. "Ianya segala yang kuinginkan. Ianya sangat emosi bagiku. Aku sampai di hujung satu lagi dan mulai menangis."
Nik Wallenda melangkah dengan cermat merentasi gaung dekat Grand Canyon |
Semasa perjalanannya di atas kabel keluli setebal 2 inci itu, 1,500 kaki ke atas dasar sungai yang kering berhampiran Grand Canyon, Wallenda berhenti seketika dan bercangkung sementara angin bertiup di sekelilingnya dan tali berhayun. Tiupan angin telah dijangka selaju sekitar 30 batu sejam. Dia mengatakan bahawa angin itu membawa habuk memasuki matanya.
"Keadaannya teruk sepanjang jalan. Seperti dalam pertempuran. Anginnya kuat, bertiup kencang secara tiba-tiba," dia memberitahu wartawan. "Tetapi tidak pernah pada mana-mana ketikanya aku berfikir, 'oh habislah, aku akan jatuh.'"
Wallenda melangkah dengan perlahan dan stabil sepanjang perjalanan, mengucapkan doa kepada Yesus hampir pada setiap waktu perjalanan. Dia berlari-lari dan terlompat-lompat beberapa langkah yang terakhir.
"Terima Kasih Yesus. Terima kasih kerana menstabilkan kabel itu, Tuhan," katanya 13 minit setelah memulakan perjalanan.
Wallenda bercangkung seketika semasa angin kencang |
The Discovery Channel menyiarkan acara itu secara langsung. Dia memakai sebutir mikrofon dan dua kamera, satu untuk menunjuk ke bawah ke dasar sungai dan satu yang tertuju terus ke hadapan.
Penduduk Sarasota, Florida berumur 34 tahun itu adalah akrobat wayar tinggi generasi ketujuh dan sebahagian daripada keluarga terkemuka "The Flying Wallendas" - kaum kerabat yang tidak asing lagi dengan cabaran-cabaran menghadap maut.
Moyangnya, Karl Wallenda, telah terjatuh sewaktu pertunjukan di Puerto Rico dan meninggal dunia pada usia 73 tahun. Beberapa ahli keluarga yang lain, termasuk seorang sepupu dan seorang pakcik telah terkorban sewaktu membuat pertunjukan aksi di wayar tinggi.
Nik Wallenda membesar sambil melakukan pertunjukan bersama keluarganya dan dia berimpian menyeberangi Grand Canyon sejak dia remaja lagi. Aksi Ahad ini telah datang setahun selepas dia menyeberangi Air Terjun Niagara yang memberikannya rekod dunia Guiness yang ketujuh.
Nik Wallenda menunjukkan tanda isyarat baik sejurus sebelum penghujung perjalanan |
Renjer tersebut, Elmer Philips, menjadi sedikit cemas apabila Wallenda berhenti kali pertama. " Selain itu, aksi yang cukup menakjubkan," kata Philips.
Siaran 2 jam Discovery itu mempamerkan pemandangan Navajo yang termasuk Monument Valley, Four Corners, Canyon de Chelley dan ibunegara tradisi Window Rock.
Wallenda sudahpun memikirkan aksi seterusnya, yang mana dia harap akan membawanya di antara bangunan-bangunan Chrysler dan Empire State di New York. Dengan merujuk kepada peminatnya di Internet, dia mengatakan bahawa dia akan menanya pengikut-pengikut Facebook dan Twitternya tentang apakah cabaran yang harus dia ambil seterusnya.
Begitupun, dia berkata bahawa dia akan berhenti sepenuhnya berjalan di atas tali tegang jika isteri dan anak-anaknya meminta begitu padanya.
"Itu akan menjadi perbincangan yang serius. Tetapi tentunya, ianya merupakan pertimbangan yang berat bagiku," katanya.
Video Nik Wallenda Menyeberangi Gaung Dekat Grand Canyon
Sambil Berdoa dan Mengucapkan "Praise Ye Jesus"
Sambil Berdoa dan Mengucapkan "Praise Ye Jesus"
(Diterjemah daripada artikel Fox News bertajuk "Wallenda walks tightrope high over Ariz. river gorge near Grand Canyon" bertarikh 24 Jun 2013)