Selasa, 30 Julai 2013

Konsert dan Bengkel Muzik MGM Di Kuching

Poster Konsert MGM

Para artis Kristian Malaysia. dari Malaysia Barat dan Sarawak akan bergabung di Blessed Church, Kuching pada 16-17 Ogos 2013 untuk acara dua hari. Sempena acara konsert pada 16 Ogos, sebuah album Kristian dalam Bahasa Malaysia berjudul Kasih akan dilancarkan, yang memaparkan lagu-lagu ciptaan orang Malaysia dan dinyanyikan oleh para artis Malaysia.

MGM adalah persekutuan Kristian untuk artis, pemuzik, penulis lagu, penerbit dan sesiapa yang terlibat dalam muzik Kristian di Malaysia dan untuk mewujudkan pentas bagi artis-artis Kristian Malaysia menjadi impak kepada gereja, budaya dan komuniti. 

Konsert pada 16 Ogos, bermula 7.30 malam, akan memaparkan persembahan daripada pelbagai artis Malaysia. Saksikanlah A Force Beat, GT Lim, Cheng Lip Kiong, Elena Koshy, Lucy L/Sand, Debra Robert, Esther Mui, Patrick Leong dan ramai lagi di pentas. 

Beberapa bengkel untuk para penulis lagu, penyanyi dan pemuzik baru di Kuching akan diadakan pada 17 Ogos 2013. Bengkel-bengkel itu merangkumi penulisan lagu oleh Ng Wah Lok; penerbitan album dan vokal oleh Patrick Leong; penyusunan muzik oleh Elizabeth Saik; demo recording dan penggunaan internet untuk mempromosi muzik anda oleh Esther Mui; dan gitar lead oleh Kelvyn Yeang. Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel-bengkel ini, sila layari laman Facebook Malaysian Gospel Music MGM.

Harga tiket konsert ialah RM20, yang merangkumi CD percuma Kasih dan kemasukan percuma untuk bengkel. Untuk tiket, sila hubungi Peter de Run (019-8898049), Ps. Cheng Lip Kiong (016-8881043) atau Blessed Church (08-2467740) di Kuching, dan Kenny Phang (019-5114893 di Lembah Kelang.





Acara ini dianjurkan oleh MGM Network Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut mengenai MGM, sila melawat www.mgm.com.my atau emel kepada admin@mgm.com.my

(Diterjemah daripada artikel Christianity Malaysia bertajuk "MGM concert and workshop in Kuching" penulisan Donna Uning CM bertarikh 29 Julai 2013)