Bethany Hamilton sudah bertunang dengan Adam Dirks, pastor muda-mudi di pulau Kauai |
Sepuluh tahun selepas digigit oleh jerung di kota asalnya, peluncur air profesional, Bethany Hamilton sudah betunang. Gadis 23 tahun yang telah kehilangan sebelah lengan dalam serangan itu telah menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang dan imannya kepada Tuhan bersinar terang.
Hamilton menggemari sukan luncur air dari kecil lagi, dan tidak pernah berhenti - biarpun telah kehilangan sebelah lengan setelah diserang jerung pada usia 13 tahun, dia kembali lagi ke laut sebulan selepasnya. Penduduk asal Hawaii itu kemudiannya menjadi peluncur air profesional pada tahun 2007, dan pada waktu ini merupakan salah satu daripada 50 peluncur air wanita terhandal di dunia.
Bethany Hamilton tergolong dalam 50 peluncur air profesional wanita terhandal dunia |
Filem "The Soul Surfer" yang dibintangi oleh Dennis Quaid dan Carrie Underwood adalah berdasarkan kisah hidupnya, dan kini dia tinggal di Kauai, Hawaii, di mana dia telah bertemu dengan bakal suaminya.
Pasangan tunang Bethany Hamilton dan Adam Dirks |
Adam Dirks ialah seorang pastor muda-mudi yang telah rasa terpanggil oleh Tuhan untuk memulakan organisasi Young Life Ministries di pulau Kauai. "Aku merasa amat sukar untuk meninggalkan keluarga dan kawan-kawan, tetapi aku mempelajari bahawa sebaik sahaja kita menyerahkan diri kita kepada Tuhan sepenuhnya. dan melakukan tugasan yang telah diletakkan-Nya di hati kita, Dia akan memenuhi hidup kita dengan kejadian yang tidak disangka," begitu ditulisnya dalam suatu blog. Dirks bertemu Hamilton melalui seorang kawan bersama pada Mei 2012.
Mereka berdua pergi menerjun curam pada janji temu pertama mereka, dan sejak itu sering mengembara berjalan kaki dan bersukan bersama. Kata Dirks mengenai tunangnya, "Aku sangat bahagia mengenali Bethany, seorang wanita yang sangat ikhlas mencari Tuhan, seorang yang baik hati, suka berjenaka, suka cabaran dan penuh sukacita." Dia telah melamarnya pada April tahun ini.
Bethany Hamilton |
Anak gadis yang telah menjalani amputasi ini bergumul untuk memahami bagaimana seseorang boleh mencintainya oleh kerana gaya hidupnya yang unik. Dia mengagungkan Tuhan, yang telah menjawab doa-doanya. "Sejak aku masih gadis remaja, aku sering terfikir siapakah yang akan menjadi peribadi istimewa dalam hidupku; jadi aku akan berdoa untuk lelaki yang sesuai, dan berusaha sebaiknya untuk percaya bahawa Tuhan akan memberikanku apa yang kuhajati pada suatu hari... aku hanya ingin bersabar menantikan lelaki idaman itu - yang telah disediakan Tuhan untukku - untuk berkongsi hidup dengan peribadi yang istimewa itu dalam persahabatan yang akrab dan indah."
Dirks juga turut bersyukur kerana telah menemui bakal isterinya. "Aku tahu kasihnya untukku datang dari Kristus dan aku sangat bersyukur," katanya, dan memberitahu bahawa salah satu acara yang digemarinya yang mereka lakukan bersama ialah berdoa. "Aku mahu menyokong Bethany, mendorongnya, memberinya semangat sambil Tuhan terus membentuk dan menjadikannya wanita cantik dalam Tuhan seperti yang Tuhan telah ciptakannya," kata Dirks.
Pasangan itu memberi kemuliaan kepada Tuhan untuk kasih yang mereka temui di dalam-Nya. "Aku kira ianya kembali kepada cinta pertamaku di samping keluargaku - kasih yang tidak bersyarat Kristus," kata Hamilton, memikirkan kembali bagaimana dia telah belajar untuk mengasihi orang lain. "Apabila anda memiliki itu, lebih mudah untuk mengasihi semua. Dan akhirnya apabila anda bertemu dengan peribadi yang istimewa itu, anda dapat mengambil kasih itu dan menyayangi peribadi istimewa itu dengan kasih yang anda telah kenal," katanya.
Oleh kerana kisah cinta mereka yang unik, Bethany telah memuatkan ayat-ayat 1 Petrus 3:3-4 pada penghujung catitan blognya, "Perhiasanmu janganlah secara lahiriah, yaitu dengan mengepang-ngepang rambut, memakai perhiasan emas atau dengan mengenakan pakaian yang undah-indah, tetapi perhiasanmu ialah manusia batiniah yang tersembunyi dengan perhiasan yang tidak binasa yang berasal dari roh yang lemah lembut dan tenteram, yang sangat berharga di mata Allah."
(Diterjemahkan daripada artikel laman The Gospel Herald bertajuk "Soul Surfer Bethany Hamilton Engaged to Wed Youth Minister Adam Dirks" penulisan Lauren Leigh Noske bertarikh 12 Julai 2013)
Baca juga "Bethany Hamilton - Kembali Bertarung Selepas Digigit Jerung"
Bethany dan Adam |
Oleh kerana kisah cinta mereka yang unik, Bethany telah memuatkan ayat-ayat 1 Petrus 3:3-4 pada penghujung catitan blognya, "Perhiasanmu janganlah secara lahiriah, yaitu dengan mengepang-ngepang rambut, memakai perhiasan emas atau dengan mengenakan pakaian yang undah-indah, tetapi perhiasanmu ialah manusia batiniah yang tersembunyi dengan perhiasan yang tidak binasa yang berasal dari roh yang lemah lembut dan tenteram, yang sangat berharga di mata Allah."
(Diterjemahkan daripada artikel laman The Gospel Herald bertajuk "Soul Surfer Bethany Hamilton Engaged to Wed Youth Minister Adam Dirks" penulisan Lauren Leigh Noske bertarikh 12 Julai 2013)
Baca juga "Bethany Hamilton - Kembali Bertarung Selepas Digigit Jerung"