Syabas! Pemenang-pemenang emas bagi Malaysia di Sukan Paralimpik Rio 2016 (Dari kiri: Mohd Ridzuan Mohd Puzi, Abdul Latif Romly, Muhd Ziyad Zolkefli) |
KUALA LUMPUR: Pencapaian 3 pingat emas dan 1 gangsa adalah
yang terbaik buat skuad olahraga sepanjang Malaysia menyertai temasya Sukan
Paralimpik, kata ketua jurulatih negara, R Jaganathan.
“Ini pencapaian terbaik dalam temasya Sukan Paralimpik.
Selain memenangi 3 pingat emas dan 1 gangsa, atlet juga berjaya mencipta 2
rekod dunia, 1 rekod Paralimpik dan 2 rekod Para Asia,” katanya kepada Bernama
melalui aplikasi WhatsApp, semalam.
Menurut beliau, kejayaan itu adalah hasil kerja keras dan
pengorbanan semua atlet.
“Kejayaan ini juga disebabkan doa seluruh rakyat Malaysia
yang mahu melihat kejayaan atlet kita di sini (Rio de Janeiro). Saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya juga berharap
sokongan akan terus diberikan kepada kami selepas ini,” katanya.
Mohd Ridzuan Mohd Puzi memenangi emas pertama Malaysia mealui 100m (T36) lelaki |
Pada edisi ke-15 temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro,
Brazil, Jaganathan berkata, sejumlah 9 atlet olahraga melayakkan diri secara
merit.
Misi mencari pingat emas pertama terkabul pada 10 September
lalu melalui Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral
palsy).
Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07s, sekali gus memadam
rekod Sukan Paralimpik 12.25s milik Roman Pavlyk dari Ukraine yang dilakukan di
Beijing pada 2008.
Mohd Ridzuan Mohd Puzi dan Muhd Ziyad Zolkefli dengan pingat emas kemenangan mereka |
Lebih manis, pemenang pingat gangsa pada edisi ke-14 di
London pada 2012 itu mencipta rekod baharu dunia dalam percubaan pertamanya
dengan jarak lontaran 16.40m dan memperbaiki lontaran dengan jarak 16.84m pada
cubaan ke-5.
Abdul Latif Romly menang emas lompat jauh T20 lelaki |
Beliau memecahkan rekod dunia sebanyak 3 kali dalam lompatan
ke-2, ke-3 dan ke-5 dengan jarak 7.47m, 7.54m dan 7.60m.
Kelmarin, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat
gangsa menerusi acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) dengan
rekod baharu Sukan Para Asia menerusi lompatan sejauh 5.20m.
Siti Noor Radiah Ismail memenangi gangsa acara lompat jauh T20 wanita |
Seorang lagi atlet wanita, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin
walaupun terlepas peluang meraih pingat gangsa dalam acara 400m T20 wanita
(masalah pembelajaran), tetapi beliau berjaya mencipta rekod baharu Sukan Para
Asia dengan catatan 58.55s.
(Diambil daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "3 Emas, 1 Gangsa Pencapaian Terbaik Malaysia Di Sukan Paralimpik" bertarikh 17 September 2016)