Roma Downey dan suaminya Mark Burnett, kedua-duanya penerbit Ben-Hur |
Roma Downey kembali tampil mempersembahkan filem produksi
terbaru garapannya Ben-Hur. Bersama suaminya Mark Burnett, Downey berhasil
membuat versi terbaru filem klasik yang pertama kali muncul tahun 1959 itu.
Downey bahkan memberikan sedikit pendedahan tentang perubahan
kandungan yang dia sematkan di dalam filem adaptasi dari novel karya Lew Wallace
(1880) itu. “Ini adalah filem besar tahun 1959. Dan sudah waktunya
memperbaharuinya 55 tahun kemudian. Kami mengulangi dengan konsep yang berubah dari filem
aslinya di mana filem ini bukanlah filem tentang balas dendam, tapi tentang
pemulihan dan pengampunan, dan masih ada adegan kereta besar dan pertempuran di
laut,” terang Downey, seperti disampaikan kepada CNS News.
Dia menambahkan, filem ini akan mengandungi pertemuan Yehuda
Ben-Hur dengan Yesus. Detik itu menyiratkan pemahaman tentang memaafkan dan
belajar untuk memilih berdamai daripada balas dendam.
“Kita melihat Yesus dalam filem ini. Ini berbeza dengan filem
yang dibuat pada tahun 1959 dan kita benar-benar dapat melihat wajahnya (Yesus).
Kita berjumpa dengan Dia. Kita melihat Dia terhubung dengan orang-orang. Tetapi
kita benar-benar belajar dari Dia, kita belajar tentang Yesus melalui kebaikan
hati Yehuda Ben-Hur,” jelasnya.
Dia menjelaskan bahwa pertemuan Ben-hur dengan Yesus mungkin
saja telah mengubahkan hidup pemain utama filem ini. Karakter Ben-Hur
menggambarkan tentang peribadi Yesus yang sesungguhnya.
Filem kerjasama peraih Emmy Awards ini pun dianggap akan
menampilkan sesuatu yang baru. Seperti diketahui Burnett telah diakui sebagai
produser handal dari karya-karya terbaik yang banyak mendapat penghargaan,
sebut saja Survivor, The Voice, dan Shark Tank.
Downey berharap filem yang mulai ditayangkan sejak 19 Ogos 2016 ini akan menarik jutaan penonton. Dia juga berharap filem-filem yang berkaitan
dengan kekristianan seperti yang telah mereka hasilkan akan meningkatkan peminat
filem-filem Kristian. “Ben-Hur saya fikir adalah kesempatan bahkan melebihi dari
itu. Saya harap penonton Kristian akan maju dan mendukung. Anda tidak akan
sering melihat Yesus tampil di layar besar. Tidak sering pula bagi anda
menyaksikan filem yang mengandungi nilai-nilai seperti ini. Ini adalah kesempatan
yang mungkin untuk dapat berkongsi cerita dengan ramai teman dan kami berharap
hal itu akan terjadi,” kata Downey.
(Dialihbahasakan daripada artikel Jawaban.com bertajuk, "Roma Downey: Kita Akan Mengenal Yesus Lebih Dalam Di Ben-Hur Terbaru" yang ditulis oleh Lori Mora bertarikh 20 Ogos 2016)