Isnin, 18 Disember 2017

Kaka Umumkan Persaraannya Dari Bola Sepak Profesional - "Ianya Jauh Lebih Baik Dari Yang Dapat Kubayangkan"


Bintang ternama Brazil, Kaka telah secara rasmi mengumumkan persaraannya dari bola sepak profesional, dan mengakhiri karir yang mengkagumkan di mana dia telah mewakili beberapa pasukan di dunia yang paling banyak memenangi kejuaraan.

Kaka, 35, yang menghabiskan musim lepas bermain dalam MLS untuk pasukan Orlando City, telah pun mengumumkan akan meninggalkan pasukan itu pada penghujung kempen itu.

Pemain Brazil itu telah bermain perlawanan profesional terakhirnya menentang Columbus Crew pada Oktober - perlawanan di mana pasukannya kalah tipis 1-0.

Bersama AC Milan, Kaka telah menempa
nama sebagai pemain terhandal di Eropah

Sejak itu, adalah tidak jelas samada Kaka akan kembali bermain kali terakhir di tanah asalnya Brazil atau bersara dari permainan bola sepak.

Melalui media sosial pada hari Ahad, pemain berusia 35 tahun itu memberikan penjelasan mengenai situasinya.

Dengan memuatkan foto hitam putih dirinya memakai baju terkenal "I Belong To Jesus" (Aku Milik Yesus) yang telah dipakainya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool, Kaka mengeluarkan satu kenyataan berkenaan karirnya.

Setelah kalah dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2005, Kaka dan AC Milan
berjaya memenangi perlawanan akhir 2007


"Bapa, Ianya jauh lebih baik dari yang dapat kubayangkan.

"Terima kasih! Aku siap sekarang untuk perjalanan seterusnya. Dalam nama Yesus. Amen," begitu ditulis Kaka.

Kebangkitan Kaka dalam bola sepak berkait rapat dengan kemenangan piala-piala dan anugerah-anugerah peribadi yang mengkagumkan sepanjang perjalanan.

Setelah memainkan peranannya dalam kemenangan Brazil di Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan, pemain lincah itu seterusnya menempa nama sebagai pemain bola sepak terbaik di Eropah di antara tahun 2003 dan 2009 bersama AC Milan.

Menjulang kejuaraan Serie A pada musim 2003/04 dan Super Cup Itali pada tahun yang sama, Kaka seterusnya mengecapi kekalahan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2005 dalam perlawanan terkenal di Istanbul menentang Liverpool.

Kaka menjulang Piala Juara Liga-Liga Eropah 2007

Bagaimanapun, kekalahan itu ditebus apabila Kaka dan rakan-rakan sepasukannya bertemu dengan musuh dari Merseyside itu sekali lagi dalam perlawanan akhir Athens pada 2007 - kali ini menjulang trofi ikonik itu sebagai milik mereka.

Setelah berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan yuran £56 juta yang merupakan rekod dunia ketika itu, Kaka menjulang kejuaraan La Liga dan Piala Sepanyol dalam tempohnya di Bernabeu. 

Pingat-pingat untuk Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab FIFA dan Piala Konfederasi juga telah dimenangi oleh Kaka dalam karirnya sebagai pemain, manakala pemain lagenda ini juga pemain terakhir untuk memenangi piala Ballon d'Or sebelum persaingan di antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo,

Kaka adalah pemain terakhir memenangi
Ballon d'Or sebelum persaingan
di antara Messi dan Ronaldo

Baca juga: Kesaksian Ricardo Kaka: "I Belong To Jesus"

(Diterjemah daripada artikel Daily Mail bertajuk, "Kaka Announces Official Retirement From Football..." yang ditulis oleh Danny Gallagher bertarikh 17 Disember 2017)