Orang yang kita kenal sebagai Santa Klaus mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada hari ini, dia selalunya difikirkan sebagai lelaki riang yang berpakaian merah, tetapi kisahnya berasal dari abad ke-3 lagi. Selidikilah kisah mengenai Santa Klaus dari asal usulnya yang pertama sampailah menjadi watak kegemaran pasaraya mall hari ini, dan pelajarilah bagaimana dua warga New York - Clement Clark Moore dan Thomas Nast - telah menjadi pengaruh penting pada Santa Klaus yang dinanti-nantikan jutaan kanak-kanak pada malam sebelum Krismas.
LAGENDA ST NICHOLAS
Lagenda Santa Klaus boleh dikesan kembali ke beratus-ratus tahun dahulu kepada seorang biarawan bernama Santo Nicholas. Dipercayai bahawa Santo Nicholas telah dilahirkan sekitar 280 Tahun Masihi di Patara, berdekatan Myra di Turki modern. Amat dikagumi kerana kealiman dan kemurahannya, St Nicholas telah menjadi tumpuan kepada banyak lagenda. Dikatakan bahawa dia telah menyerahkan seluruh harta pusaka yang diwarisinya dan menjelajah ke luar bandar menolong orang yang miskin dan sakit. Salah satu kisah St Nicholas yang paling terkenal adalah mengenainya menyelamatkan tiga kakak beradik yang miskin daripada dijual kepada pelacuran oleh ayah mereka dengan menyediakan bagi mereka wang hantaran agar mereka dapat dikahwinkan.
Dalam jangka waktu bertahun-tahun, populariti Nicholas tersebar dan dia dikenali sebagai pelindung kepada kanak-kanak dan anak-anak kapal. Hari perayaannya diadakan pada ulangtahun kematiannya iaitu 6 Disember. Ini telah dianggap secara tradisi sebagai hari yang bertuah untuk membuat urusan pembelian yang besar atau untuk berkahwin. Pada zaman Renaissance (Pembaharuan), St Nicholas telah menjadi santo paling popular di Eropah. Biarpun selepas Reformasi Protestan, apabila penghormatan kepada santo-santo mulai tidak digalakkan, St Nicholas terus mengekalkan reputasi yang baik terutamanya di Belanda.
St Nicholas mula memasuki budaya popular Amerika pada penghujung abad ke-18. Pada Disember 1773, dan sekali lagi pada 1774, sebuah akhbar New York melaporkan bahawa kumpulan-kumpulan keluarga Belanda telah berkumpul untuk memperingati ulangtahun kematiannya.
Nama Santa Klaus telah datang daripada nama panggilan Nick dalam bahasa Belanda, Sinter Klaas, singkatan untuk Sint Nikolaas (nama Belanda untuk Santo Nicholas). Pada 1804, John Pintard, seorang anggota Persatuan Sejarah New York, telah mengedarkan ukiran kayu St Nicholas di mesyuarat agung tahunan persatuan itu. Latar belakang ukiran itu mengandungi imej Santa dan sarung kaki yang diisi penuh dengan alat-alat mainan dan buah-buahan tergantung ke atas tempat pendiangan.
Pada 1809, Washington Irving membantu mempopularkan kisah-kisah Sinter Klaas apabila dia merujuk kepada St Nicholas sebagai santo penaung bagi New York dalam bukunya, The History of New York. Sambil namanya semakin menonjol, Sinter Klaas diberi segala macam gambaran dari sebagai seorang yang nakal bertopi biru tiga segi, baju kot merah dan stoking kuning sehingga ke seorang lelaki bertopi lebar dan "sepasang seluar labuh Flemish yang besar."
SANTA PASARAYA MALL
Pemberian hadiah, kebanyakannya kepada kanak-kanak, telah menjadi bahagian penting dalam perayaan Krismas sejak hari cuti itu mendapat nafas baru pada awal abad ke-19. Kedai-kedai jualan mula mengiklankan jualan Kismas pada 1820, dan menjelang 1840an, suratkhabar-suratkhabar telah mewujudkan ruangan khas untuk iklan perayaan itu, yang sering memaparkan imej Santa Klaus yang mulai popular. Pada 1841, kanak-kanak mengunjungi sebuah kedai di Philadelphia untuk melihat patung Santa Klaus bersaiz sebenar. Tidak lama dari itu, kedai-kedai mula menarik perhatian kanak-kanak dan ibu bapa mereka, dengan tarikan melihat Santa Klaus yang "hidup".
Pada 1890an, Salvation Army memerlukan dana untuk menyediakan hidangan-hidangan percuma Krismas kepada keluarga-keluarga dalam keperluan. Mereka mula mengenakan pakaian Santa kepada penganggur-penganggur dan menghantar mereka ke jalan-jalan New York untuk mengutip derma. Santa-santa Salvation Army itu yang kini sudah menjadi kebiasaan telah pun membunyikan loceng-loceng mereka di penjuru jalanraya di kota-kota Amerika sejak masa itu.
Pada 1822, Clement Clark Moore, seorang paderi Episcopal, telah menulis sebuah puisi yang panjang untuk tiga anak perempuannya bertajuk, "Sebuah Kisah Mengenai Kunjungan Oleh St Nicholas." Moore yang pada mulanya teragak-agak untuk menerbitkan puisi itu kerana isi kandungannya yang bersifat main-main sahaja, telah bertanggungjawab besar untuk membentuk imej modern Santa Klaus sebagai "seorang yang periang" dengan perut buncit dan kebolehan luar biasa untuk menaiki corong asap rumah dengan hanya satu anggukan kepala! Walaupun sebahagian daripada gambaran Moore itu kemungkinan dipinjam dari sumber-sumber lain, puisinya telah membantu mempopularkan imej Santa Klaus yang kita kini biasa dengan, yang terbang dari rumah ke rumah pada malam sebelum Krismas - menaiki kereta luncur salji yang ditarik oleh lapan rusa kutub yang berterbangan, meninggalkan hadiah-hadiah untuk kanak-kanak yang layak menerimanya.
"Sebuah Kisah Mengenai Kunjungan Oleh St Nicholas" telah mencipta ikon baru yang dengan serta-merta menjadi popular. Pada 1881, seorang pelukis kartun politik, Thomas Nast dengan berdasarkan puisi Moore, telah mencipta gambaran pertama yang menyerupai imej modern Santa Klaus kita. Imejnya yang disiarkan di Harper's Weekly, menggambarkan Santa sebagai seorang lelaki periang yang berperut buncit, dengan janggut putih yang lebat memegang guni yang sarat dengan mainan untuk anak-anak yang bernasib baik. Nast telah memberikan Santa pakaian merak galaknya dengan tepian bulu putih, bengkel di Kutub Utara, orang-orang kerdil dan isterinya, Puan Klaus.
St Nicholas |
SINTER KLAAS DATANG KE NEW YORK
Sinter Klaas, versi Belanda untuk St Nicholas |
Pada 1809, Washington Irving membantu mempopularkan kisah-kisah Sinter Klaas apabila dia merujuk kepada St Nicholas sebagai santo penaung bagi New York dalam bukunya, The History of New York. Sambil namanya semakin menonjol, Sinter Klaas diberi segala macam gambaran dari sebagai seorang yang nakal bertopi biru tiga segi, baju kot merah dan stoking kuning sehingga ke seorang lelaki bertopi lebar dan "sepasang seluar labuh Flemish yang besar."
SANTA PASARAYA MALL
Pemberian hadiah, kebanyakannya kepada kanak-kanak, telah menjadi bahagian penting dalam perayaan Krismas sejak hari cuti itu mendapat nafas baru pada awal abad ke-19. Kedai-kedai jualan mula mengiklankan jualan Kismas pada 1820, dan menjelang 1840an, suratkhabar-suratkhabar telah mewujudkan ruangan khas untuk iklan perayaan itu, yang sering memaparkan imej Santa Klaus yang mulai popular. Pada 1841, kanak-kanak mengunjungi sebuah kedai di Philadelphia untuk melihat patung Santa Klaus bersaiz sebenar. Tidak lama dari itu, kedai-kedai mula menarik perhatian kanak-kanak dan ibu bapa mereka, dengan tarikan melihat Santa Klaus yang "hidup".
Pada 1890an, Salvation Army memerlukan dana untuk menyediakan hidangan-hidangan percuma Krismas kepada keluarga-keluarga dalam keperluan. Mereka mula mengenakan pakaian Santa kepada penganggur-penganggur dan menghantar mereka ke jalan-jalan New York untuk mengutip derma. Santa-santa Salvation Army itu yang kini sudah menjadi kebiasaan telah pun membunyikan loceng-loceng mereka di penjuru jalanraya di kota-kota Amerika sejak masa itu.
DUA WARGA NEW YORK MENCIPTA IMEJ MODERN SANTA YANG KITA KENAL HARI INI
Puisi "A Visit From Saint Nicholas" yang ditulis C.C. Moore pada 1822 |
Kisah Santa dalam kereta luncur salji ditarik lapan rusa kutub berasal daripada puisi Moore |
Santa Claus modern yang kita kenal hari ini telah dilukis oleh Thomas Nast pada 1881 |
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel History bertajuk, "Santa Claus")