Jumaat, 22 Disember 2017

Wanita Pertama Dilantik Sebagai Bishop London Oleh Church of England


Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin, Church of England telah mengumumkan bahawa Right Reverend Sarah Mullally akan menjadi Bishop London yang baru. Upacara perlantikan jawatannya akan diadakan tahun depan. Mullally akan menjadi wanita pertama untuk memegang jawatan tersebut. 

Dalam satu kenyataan, Mullally mengatakan, "Ada satu kelaparan besar untuk kerohanian, dan terdapat cara-cara baru untuk Gereja memenuhi kelaparan itu. Church of England ingin menjadi kehadiran Kristian dalam setiap komuniti - yakin dalam doa, sambil mengucapkan mengenai dan mengamalkan imannya, bekerja secara kreatif dengan umat."

Right Reverend Sarah Mullally
dilantik sebagai Bishop London

Mullally mempunyai latarbelakang dalam kejururawatan, dan pada waktu kini melayani sebagai Bishop Crediton. Dia telah ditahbiskan pada 2001 dan memasuki pelayanan sepenuh masa pada 2004. 

(Diterjemah daripada artikel Relevant Magazine bertajuk, "First Female Bishop of London Appointed In Church of England" bertarikh 21 Disember 2017)