Foto oleh CEphoto, Uwe Aranas |
Selepas menulis mengenai Gunung Doa Hosana Trusan di Lawas beberapa hari lepas, saya terlihat pula penerangan ringkas mengenai Kokol Prayer Summit di Sabah:
Kokol Prayer Summit adalah pusat retret Diosis Anglikan Sabah. Diinspirasikan oleh sebuah lukisan di Via Dolorosa di Yerusalem, ianya mempunyai seni reka bentuk yang unik menyerupai salib yang condong.
Lukisan di Via Dolorosa, Yerusalem |
Terletak di persekitaran Bukit Kokol yang nyaman, berjarak 26 km dari pusat bandar Kota Kinabalu, Kokol Prayer Summit adalah tempat di mana seseorang dapat bertenang dan berdiam di hadapan Tuhan.
Namun begitu ianya juga tempat untuk penyembahan dan doa syafaat yang bertenaga dan bersemangat, seperti ketika kebaktian Pujian dan Penyembahan yang diadakan pada setiap pagi Sabtu.
Pemandangan cantik Gunung Kinabalu dapat dilihat dari Kokol Prayer Summit |
Seluruh pemandangan Kota Kinabalu dapat dilihat ketika memandu menaiki bukit itu, dengan itu Kokol Prayer Summit adalah lokasi yang paling sesuai untuk berdoa syafaat bagi bandaraya itu, dan juga merupakan tempat perteduhan yang aman untuk individu-individu dan kumpulan-kumpulan mencari Tuhan.
Dewan di Kokol Prayer Summit boleh memuatkan 300 orang |