Beliau meraih 355.70 mata, sekaligus meletakkannya di tempat
terunggul dalam acara tersebut.
Dengan kemenangan ini, Pandelela menjadi penyumbang tunggal
pingat bagi kontinjen Malaysia di kejohanan lima hari yang akan berakhir esok.
Beliau hanya menduduki tempat ke-18 dengan 237.35 mata.
Pandelela dan Jun Hoong sedang dalam persediaan ke Sukan
Olimpik Tokyo, Julai ini.
Selain warganet lain, Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican
Naina Merican turut mengucapkan tahniah kepada Pandelela di media sosial.
“Kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita semua
sebelum acara yang terbesar tahun ini. So so proud of you Pandelela (sangat
berbangga dengan kamu Pandelela),” kata beliau menerusi catatan di Twitter.
(Diambil daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Pandelela Raih Emas Kejohanan Dunia" bertarikh 5 Mei 2021)