Ini berlaku selepas pekeliling dalaman dari kedai kek yang
mengingatkan kakitangan untuk tidak menulis ucapan Krismas pada kek mereka
kerana bimbang melanggar pensijilan halal syarikat.
"Sekali lagi ingin dimaklumkan bahawa tiada halangan
bagi premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menulis
sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.
Justeru itu, buat semua pemegang SPHM, anda dinasihatkan
untuk merujuk kepada Jakim atau JAIN/MAIN terlebih dahulu jika terdapat
sebarang kekeliruan berkaitan pensijilan halal Malaysia," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd
Na’im Mokhtar sebelum ini dipetik media berkata dia telah mengarahkan bahagian
itu untuk mengeluarkan kenyataan segera berhubung perkara itu.
“Saya telah mengarahkan jabatan halal di bawah Jakim
mengeluarkan kenyataan segera yang menjelaskan perkara itu dengan jelas
terutama kepada pemegang sijil halal.
“Saya juga telah meminta mereka menghasilkan video mengenai isu itu bagi memastikan semua orang faham,” katanya seperti dilapor The Star.
Pemilik kedai roti itu masih belum menjawab pertanyaan
mengenai pekeliling yang dikatakan.
Pada 1 Nov, Jakim menangani isu yang sama kerana artikel
lain mengenai penggunaan ucapan Krismas pada kek.
Jakim ketika itu memaklumkan bahawa ucapan perayaan
dibenarkan pada produk jika ia tidak dibuat dengan tujuan untuk dipamerkan di
premis yang mempunyai sijil halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo
halal.
Terdahulu, Daniel Teoh, pengurus operasi Berry’s Cake House
dilaporkan berkata bahawa kedai roti itu tidak mempunyai pilihan selain
mematuhi peraturan atau berisiko kehilangan sijil halalnya.
Dia berkata berikutan pekeliling itu dikeluarkan, kedai roti
itu kini dituduh sebagai rasis, sedangkan mereka hanya ‘mengikut arahan’.
"Kami hanya mengikut arahan. Kami bukan suka-suka
melakukan ini. Apa yang akan berlaku jika mereka (Jakim) tiba-tiba mengaudit
kami? Mereka akan membatalkan sijil halal kami," katanya kepada portal
berita FMT.