Menerusi satu kenyataan hari ini, Jakim berkata arahan
berkenaan tidak lagi terpakai.
“Jakim akan membuat semakan dan membuat penilaian semula
terhadap mana-mana perkara berkaitan dalam manual prosedur pensijilan halal
Malaysia (MPPHM).
“Kenyataan Jakim terdahulu pada tahun 2020 adalah tidak
terpakai dengan penjelasan ini,” kata jabatan itu.
Mengikut arahan 2020 itu, premis yang mempunyai pensijilan
halal tidak dibenarkan mempamerkan produk yang mengandungi logo halal dengan
sebarang ucapan bukan Islam.
Isu itu timbul sejak kebelakangan ini apabila Jakim
menjelaskan tiada larangan bagi pemegang sijil halal menulis ucapan sebarang
perayaan pada kek yang dibeli oleh pelanggan.
Isu ini menjadi tular susulan pekeliling dalaman dari sebuah
syarikat kek yang memberitahu kakitangannya supaya tidak menulis ucapan "Selamat
Hari Krismas" pada kek kerana dikhuatiri melanggar pensijilan halal
syarikat mereka.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Jakim Batal Larangan Ucapan Perayaan Bukan Islam Di Kek" bertarikh 18 Disember 2023)