Sabtu, 28 Julai 2018

Bagaimana Bahasa Online Berbanding Dengan Kehidupan Sebenar (Infografik)


Batasan bahasa telah dibuktikan adalah halangan besar dalam perhubungan global. Melayari web dengan telefon pintar atau tablet terbaru adalah tidak bererti jika semua kandungannya ditunjukkan dalam bahasa yang kita tidak dapat fahami. 

Penyelesaian teknologi telah muncul dalam bentuk app dan perisian terjemahan seperti Google Translate tetapi ianya masih jauh daripada dapat dipercayai sepenuhnya. Malangnya bagi orang-orang yang tidak mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris, terdapat satu jarak besar di antara penggunaan bahasa secara online dan dalam kehidupan sebenar.


Manakala Bahasa Cina (dan semua variasinya seperti Mandarin dan Wu) adalah bahasa yang paling banyak dipertuturkan secara global dengan kira-kira 1.28 bilion penutur asli (lebih kurang 16 peratus daripada penduduk dunia) menurut Ethnologue, web pula dikuasai oleh satu bahasa lain, iaitu Bahasa Inggeris. 


W3Techs menganalisa teknologi laman web dan mendapati bahawa 52.9 peratus daripada 10 juta laman web paling utama adalah dalam Bhasa Inggeris. Walaupun Bahasa Cina mendominasi penggunaan bahasa di dunia sebenar, ianya jauh di bawah skala, dengan hanya 1.8 peratus laman web.

Jarak di antara web dan dunia sebenar juga dapat dilihat dalam Bahasa Sepanyol yang mempunyai 437 juta pengguna bahasa pertama tetapi merupakan hanya 5.1 peratus daripada laman web. Menarik sekali, Bahasa Jerman adalah bahasa kedua paling utama di Internet, walaupun ianya tidak tersenarai dalam 10 bahasa paling dipertuturkan.

Selain menjadi halangan kepada akses dan pemahaman, sebilangan aktivis dan ahli sains telah memberi amaran bahawa kurangnya kepelbagaian bahasa online juga menyumbang kepada pupusnya banyak bahasa di sekeliling dunia.

(Diterjemahkan daripada artikel Forbes bertajuk, "How Languages Used Online Compare To Real Life (Infografic)" yang ditulis oleh Niall McCarthy bertarikh 27 Julai 2018)