David Cho Yonggi, pastor Yoido Full Gospel Church di Seoul, Korea Selatan, adalah kawan keluarga kami untuk lebih daripada 40 tahun. Dia pernah tinggal di rumah kami, dan saya dan ayah saya telah melayani dalam lembaga pertumbuhan gerejanya untuk jumlah gabungan 38 tahun. Pada waktu ini saya melayani sebagai presiden Church Growth International of the Americas.
Oleh kerana kecondongan setengah-setengah laporan media, adalah penting butir-butir tertentu situasi ini didedahkan umum. Bukan sahaja saya ada di Seoul pada kebanyakan masa sepanjang kes ini, tetapi terdapat juga maklumat-maklumat yang telah didedahkan semasa mesyuarat-mesyuarat tertutup yang masih belum diketahui umum. Saya ingin kongsikan sebahagian maklumat itu seperti yang berikut.
Pertamanya Mahkamah Seoul Central District telah menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara (yang akan tertunda 5 tahun) ke atas Cho yang berusia 78 tahun. Dia telah didakwa atas tuduhan menyebabkan kerugian kewangan bernilai lebih daripada $12 juta. Dia juga telah didenda $5 juta. Dia tidak perlu memasuki penjara, tetapi diberi kebebasan di bawah pengawasan (probation).
Keduanya, anak Cho, Cho Hee-Jun, 49 juga telah didakwa atas tuduhan-tuduhan yang sama. Oleh kerana dia dianggap berisiko melarikan diri, dia telah ditahan serta-merta berikutan perintah mahkamah setelah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun.
Cho mempunyai tiga orang anak. Anak kedua dan ketiga bekerja kuat dan melayani dalam pelayanan berkaitan gereja. Anak sulungnya adalah anak yang kehidupannya boros dan membazir. Dia telah berkahwin empat kali dan telah terlibat dalam skandal seks dengan personaliti-personaliti kebangsaan. Tambah lagi dia telah menjalani hukuman penjara untuk penipuan dalam skim pelaburan. Hidupnya yang penuh skandal memalukan keluarganya dan gerejanya.
Dua belas tahun yang lalu, anak ini telah dengan sengaja menipu gereja dalam satu skim pelaburan berjumlah lebih $12 juta. Cho memberi keterangan bahawa dia mempercayai penatua-penatuanya serta anaknya dan tidak memeriksa dan membaca ribuan muka surat dokumen yang telah disediakan untuknya menandatangan. Oleh kerana Cho mempercayai nasihat penatua-penatua yang terpilih dan anaknya, dia telah menandatangani dokumen-dokumen itu. Dia tidak pernah menerima sebarang kewangan daripada urusniaga itu.
Ketiganya, hakim yang bersidang mengatakan, "Mahkamah telah mengambil kira bahawa sungguhpun Cho mempunyai kuasa untuk membuat keputusan terakhir untuk gereja, dia tidak mengambil peranan utama dalam mana-mana kesalahan jenayah, termasuk dalam mengelak cukai, yang telah dilakukan atas cadangan syarikat perakaunan."
Mahkamah juga mengambil kira perjalanan hidup Cho sebagai seorang pemimpin agama dan sumbangan jangka panjangnya kepada kebajikan sosial sebagai faktor-faktor untuk meringankan hukuman bagi pihaknya. Mahkamah membuat keputusan bahawa anaknya, Cho Hee-Jun adalah orang yang berperanan utama dalam jenayah berkaitan pembelian saham 1-Service.
Walaupun Cho telah menubuhkan gereja terbesar di dunia, dengan lebih sejuta ahli, dia menjalani kehidupan yang sederhana di apartmen gereja berukuran 1,000 kaki persegi. Dia juga tidak memiliki kereta. Cho telah membuat kutipan dana dan secara peribadi memberi lebih $170 juta kepada gereja.
Dr. Bob Rodgers Sr adalah pastor Evangel World Prayer Centre di Louisville, Kentucky.
(Diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk "Setting the Records Straight on David Yonggi Cho" penulisan Bob Rodgers bertarikh 25 Februari 2014)