Selasa, 25 Februari 2014

Alkitab Di Kocek Menyelamatkan Nyawa Pemandu Bas Semasa Ditembak

Kenderaan penyelamat membawa mangsa tembakan ke hospital

Dayton, Ohio - "Campurtangan" Tuhan ialah perkataan yang digunakan oleh polis Ohio untuk menerangkan bagaimana nyawa seorang pemandu bas terselamat awal pagi Isnin. 


Rickey Wagoner yang berusia 49 tahun, dari Trotwood, pemandu bas RTA telah keluar daripada kenderaannya untuk memperbaiki masalah mekanikal, apabila dia secara tiba-tiba diserbu oleh tiga lelaki, mengikut laporan itu. 

Dilaporkan tiga tembakan dilepaskan ke arah Wagoner dari jarak dekat. Salah satu peluru terkena kakinya dan dua lagi mengena ke dadanya.

Dalam panggilan ke 911, Wagoner memberitahu petugas kecemasan, "Aku kena tembak di kaki. Dadaku rasanya seperti dihentam dengan tukul besar."

Nasib baik untuk Wagoner, dia menyimpan senaskah Perjanjian Baru "The Message" di kocek kirinya - peluru-peluru itu telah tersekat dalam Alkitab itu, menyelamatkan nyawanya. 

Sarjan Michael Pauley dari Jabatan Polis Dayton berkata, "Jelas sekali ada suatu campurtangan berlaku dalam insiden ini, jika tidak, dia kemungkinan tidak ada lagi di sini."

Rickey Wagoner
Laporan polis itu menyatakan bahawa peluru-peluru itu terhenti dalam Perjanjian Baru itu. 

Anak Wagoner telah memuatkan catitan di Facebook, "Ayah dalam keadaan baik sekarang dan aku dan keluarga sangat bernasib baik dia masih hidup lagi."

Fox News menghubungi Eugene H. Peterson, pengarang versi Alkitab "The Message" untuk memberitahunya bahawa kitab itu telah menyelamatkan nyawa seorang lelaki.

Peterson, yang sudah berusia 81 tahun berkata, "Aku pernah mendengar cerita mengenai hal seperti itu berlaku semasa Perang Dunia Kedua. Aku gembira mendengar hal ini."

Walaupun polis enggan untuk mengulas mengenai tembakan itu, adalah dipercayai bahawa ianya berkaitan aktiviti geng.




(Diterjemahkan daripada artikel Breaking Christian News bertajuk "'The Message' New Testament In Bus Driver's Pocket, Stops Bullets, Saves His Life During Attack" penulisan Aimee Herd bertarikh 24 Februari 2014)