Sabtu, 23 Januari 2016

Ladang Misi - Orang-Orang Cina Di Perantauan

Orang-orang Cina telah bermigrasi ke negara-negara lain untuk ratusan tahun, dan pada hari ini jumlah orang Cina yang tinggal di luar China adalah hampir 70 juta. Mereka memiliki latar belakang yang berbeza dan bertutur dalam bahasa-bahasa yang berbeza, tetapi kebanyakan mereka telah menetap semula di lain tempat untuk mencari hidup yang lebih makmur.


Hampir 70 juta orang Cina tinggal di luar negara China (Infografik IMB)

Orang-orang Cina dalam perantauan tinggal di negara-negara yang biasanya anda akan fikirkan - Amerika Syarikat, England, Jerman dan Kanada. Orang-orang Cina juga tinggal di negara-negara yang anda tidak pernah sangkakan.


Orang-orang Cina terdapat di negara-negara yang anda tidak sangka (Infografik IMB)

Amerika Syarikat adalah kediaman kepada 3.7 juta orang Cina samada yang sudah bermigrasi atau sedang menetap di sana untuk jangka pendik dan jangka panjang. Lima bandaraya ini memiliki populasi Cina yang terbesar.


Terdapat 3.7 juta orang Cina di Amerika Syarikat (Infografik IMB)

Asia Tenggara adalah kediaman kepada peratusan terbesar orang-orang Cina dalam perantauan. Orang-orang Cina telah tinggal di Cambodia untuk 500 tahun. Sumber-sumber IMB melaporkan bahawa 20% daripada orang-orang Cina Indonesia memperaku diri sebagai Kristian. Orang-orang Cina di Laos telah berpindah dari China untuk melarikan diri dari kebuluran dan banjir. Orang-orang Cina Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Ramai orang Cina di Myanmar mengikuti Buddhisme, agama utama di negara itu.


Asia Tenggara adalah kediaman peratusan terbesar orang Cina di perantauan (IMB)

4 negara utama di mana orang-orang Cina tinggal adalah Indonesia, negara Thai, Malaysia dan Vietnam. Untuk perspektif, kita mendapati beberapa negeri di Amerika Syarikat yang memiliki populasi yang serupa. 

[Diterjemah daripada infografik IMB bertajuk, "The Next Big Mission Field (Chinese Diaspora Infographic)" bertarikh 13 Jsnuari 2016]