"Grace, Gold & Glory: My Leap of Faith" - kisah hidup Douglas |
Christianity Today menemuramah Gabby Douglas berikutan Olimpik 2012, di mana dia telah menjadi ahli gimnastik Amerika Syarikat berkulit hitam pertama untuk memenangi emas dalam pertandingan individu keseluruhan. Dia menceritakan kerjayanya dan iman Kristiannya dalam buku Grace, Gold & Glory: My Leap of Faith. Douglas menceritakan bagaimana dia berpegang pada iman semasa Kejohanan itu: "Saya membawa Alkitab saya bersama, kadang-kala dua Alkitab, semasa dalam perjalanan....
Saya sentiasa berdoa dalam setiap pertandingan, apabila tangan hakim diangkat saya sedang berdoa, dan ada ayat-ayat Alkitab yang saya suka ucapkan. Itu memberi saya motivasi apabila saya bersiap untuk turun gelanggang. Saya akan ucapkan doa-doa pendik, dan menyebut ayat Alkitab: Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus, jangan takut, kuatkanlah hatimu. Perkara-perkara kecil seperti itu akan memberi saya motivasi."
(Diterjemahkan daripada artikel Christianity Today yang ditulis oleh Morgan Lee bertarikh 5 Ogos 2016)