Isnin, 8 Ogos 2016

Kesaksian Olimpik - Iman Laurie Hernandez ("The Human Emoji")


Laurie Hernandez
("The Human Emoji")
Laurie Hernandez, yang digelar "The Human Emoji," (kerana wajah dan persembahannya yang penuh ekspresi) adalah ahli gimnastik Amerika Syarikat berbangsa Hispanic (berbahasa Sepanyol) yang pertama untuk melayakkan diri ke Kejohanan Olimpik dalam lebih 30 tahun. 

Dia berkata dia mengendalikan tekanan dengan berdoa. "Biasanya sebelum saya memberi salam hormat kepada hakim, saya akan sempat membawa acara itu dalam doa dan itu benar-benar memberi saya ketenangan. Untuk sebab tertentu, apabila saya lakukan itu, saya dapat berfikir dengan jelas dan saya dapat menenangkan diri sejurus sebelum saya bertanding."

(Diterjemahkan daripada artikel Christianity Today yang ditulis oleh Morgan Lee bertarikh 5 Ogos 2016)