Yusra Mardini adalah seorang perenang berbakat yang telah berjaya sampai ke Rio untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Olimpik 2016. Bakat sukan itu telah menyelamatkan nyawanya hampir setahun yang lalu.
Mardini, seorang Kristian, telah melarikan diri dari Syria semasa kemuncak perang saudara di negaranya. Mardini dan kakaknya telah sampai ke pulau Lesbos di Greece dengan menggunakan perahu.
Semasa perjalanan, enjin perahu itu rosak dan menyebabkan Mardini dan 18 orang lain pelarian terdampar.
Mardini, kakaknya dan seorang wanita lain melompat ke dalam air dan bergilir-gilir menendang air dan menarik perahu untuk baki perjalanan selama tiga jam setengah, begitu dilaporkan oleh Premier UK, sebuah penerbitan Kristian.
Mardini dapat sampai ke Jerman dan kini sedang bertanding bersama sembilan lagi ahli sukan dalam Pasukan Pelarian Olimpik yang telah ditubuhkan untuk pertama kali.
Perenang berusia 18 tahun itu telah memenangi perlumbaan saringannya dalam kuak kupu-kupu 100m meter, tetapi gagal memasuki peringkat separuh akhir. Bagaimanapun, Mardini berkata dia berpuas hati dengan persembahannya.
"Ianya satu-satunya yang saya ingin lakukan iaitu bertanding dalam Olimpik. Saya rasa bagus dalam air dan saya gembira kerana itu," katanya.
Mardini akan bertanding lagi pada hari Rabu untuk 100 meter gaya bebas wanita.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel CBN bertajuk, "Christian Refugee Overcomes Odds And Aims For Olympic Gold" yang ditulis oleh Talia Wise bertarikh 7 Ogos 2016)