Ketika berusia lebih kurang lapan tahun, Pandelela Rinong telah bertemu dengan seorang wanita yang akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.
"Saya masih ingat wanita ini dan pembantunya melawat setiap kelas di sekolah kami untuk mengenalpasti bakat-bakat baru untuk sukan aquatik di bawah program Majlis Sukan Negeri Sarawak. Cuma seorang saja yang mengangkat tangan di kelas saya dan itulah saya," begitu tulis Pandelela dari tapak latihannya di Guanzhou, China, ketika ditanya bagaimana segalanya telah bermula baginya.
Berikutan pemeriksaan badan yang singkat, anak Bidayuh yang bertubuh kecil itu telah dipilih untuk mengikuti kelas berenang di pusat aquatik awam.
"Jurulatih terjun dengan serta-merta sukakan saya sebab saya tidak rasa takut. Saya berani dan tidak takut lompat dari platform terjun. Dengan pengetahuan dan kemahirannya dalam terjunan, dia telah menjadi jurulatih saya dan melatih saya untuk menjadi penerjun untuk mewakili Sarawak," dia menjelaskan.
Cuba teka di antara perenang-perenang muda ini, yang manakah Pandelela? |
PERMULAAN YANG KECIL
Pandelela telah dilahirkan di sebuah kampung pendalaman yang kecil di daerah Bau di Kuching, Sarawak. "Saya membesar dengan ayah, ibu dan tiga adik beradik. Keluarga saya tidak memiliki banyak wang tetapi ibu bapa saya mementingkan pendidikan dan mereka ingin agar anak-anak mereka memiliki apa yang mereka tidak miliki.."
Dia tidak berapa tahu mengenai dunia di luar kampung kecilnya, dan dia tidak akan menyangka bahawa destininya akan diukir semula apabila ayahnya membawa mereka berpindah ke bandar Kuching ketika dia berusia lima tahun. "Kami terpaksa meninggalkan kampung kami, semuanya semata-mata untuk pendidikan. Di bandar, ayah saya mendapat pekerjaan sebagai pekerja binaan manakala ibu saya memperhatikan segala keperluan kami sebagai suri rumahtangga," ahli sukan berusia 23 tahun itu mengingati.
Dari usia yang kecil, dia mempelajari bahawa semua yang baik tidak akan diperolehi tanpa memiliki impian besar dan usaha kuat. "Jika saya ingin mencapai sesuatu dalam hidup, saya tahu bahawa saya mesti melakukan yang terbaik untuk memperolehinya sebab kejayaan akan datang kepada mereka yang tidak berputus asa."
Semasa Olimpik 2008, Pandelela mengalami sakit belakang dan jurulatihnya memberi tekanan yang kuat kepadanya. Merasa kecewa dan tidak bermotivasi, dia menelefon keluarganya untuk melepaskan kehampaanya dan juga untuk mendapatkan kata-kata nasihat.
"Panggilan telefon itu telah memperbaharui kekuatan dan tujuan saya. Saya memberitahu diri agar tidak berputus asa dan berdoa sungguh-sungguh kepada Tuhan untuk bimbingan. Dalam pusingan awal acara individu platform 10m wanita, saya mendapat tempat ke-27 dari 29 penerjun."
Walaupun keputusannya tidaklah seperti yang diharapkannya, itu adalah batu loncatan baginya untuk menjadi lebih kuat dan lebih bersedia untuk Olimpik yang akan datang. "Dari setiap kegagalan, saya belajar untuk memahami apa yang tersilap dan bagaimana untuk menghindarkannya dari berulang. Cabaran yang saya hadapi sekarang adalah lebih mengenai mengekalkan kedudukan saya dan memperbaiki prestasi saya. Selain dari jangkaan, saya akan berusaha sebaik yang saya dapat dan memiliki iman," begitu kata ahli sukan wanita pertama kita yang mendapat pingat di Olimpik.
Memenangi pingat gangsa di Olimpik 2012 di London adalah kenangannya yang terbaik yang dia akan hargai selamanya, dan peristiwa yang terbaik selepas itu adalah memenangi pingat gangsa dalam acara individu di Kejohanan Dunia Kazan 2015.
Perhatian akan diberikan kepada Pandelela pada 5 hingga 21 Ogos ini, sambil Olimpik Rio berlangsung. Dengan perasaan ingin tahu, saya menanyanya apakah yang difikirkannya ketika dia melompat dari platform, memutarkan badan dengan cantik dan menerjun dengan baik ke dalam air tanpa membuat percikan yang besar?
"Saya terlebih dahulu membayangkan teknik terjunan yang akan saya lakukan. Apabila saya berada di atas platform dan bersedia untuk terjun, saya cuma mengira 1,2,3 dan terjun!" Dia menyatakannya seperti begitu mudah. Latihannya di China kini sebenarnya langsung tidak mudah sambil penekanan bertambah menjelang Olimpik.
"Rutin harian saya di China adalah hampir sama setiap hari. Saya bangun pada 7.30 pagi, bersarapan dan memulakan sesi latihan pada 8.30 pagi sehingga 12 tengahari. Saya tidur sekejap selepas makan tengahari dan menyambung lagi latihan pada 3 petang sampai 6.30 petang. Selepas makan malam, saya biasanya menghabiskan masa menyiapkan kerja kursus universiti, mengemaskan beg untuk latihan dan mencuci pakaian. Saya pergi tidur tepat pada pukul 11 malam!

Pandelela menjadi pembawa bendera Malaysia di Olimpik London 2012 |
CABARAN-CABARAN BESAR

Latihan intensif di China sebagai persiapan ke Olimpik di Rio (Foto: Pandelela Rining/Instagram) |
PERJALANAN KE RIO
Perhatian akan diberikan kepada Pandelela pada 5 hingga 21 Ogos ini, sambil Olimpik Rio berlangsung. Dengan perasaan ingin tahu, saya menanyanya apakah yang difikirkannya ketika dia melompat dari platform, memutarkan badan dengan cantik dan menerjun dengan baik ke dalam air tanpa membuat percikan yang besar?
"Saya terlebih dahulu membayangkan teknik terjunan yang akan saya lakukan. Apabila saya berada di atas platform dan bersedia untuk terjun, saya cuma mengira 1,2,3 dan terjun!" Dia menyatakannya seperti begitu mudah. Latihannya di China kini sebenarnya langsung tidak mudah sambil penekanan bertambah menjelang Olimpik.
"Rutin harian saya di China adalah hampir sama setiap hari. Saya bangun pada 7.30 pagi, bersarapan dan memulakan sesi latihan pada 8.30 pagi sehingga 12 tengahari. Saya tidur sekejap selepas makan tengahari dan menyambung lagi latihan pada 3 petang sampai 6.30 petang. Selepas makan malam, saya biasanya menghabiskan masa menyiapkan kerja kursus universiti, mengemaskan beg untuk latihan dan mencuci pakaian. Saya pergi tidur tepat pada pukul 11 malam!
Pandelela Rinong semasa bertanding di Olimpik London 2012 |
HARAPAN DAN IMPIAN
Untuk Olimpik yang mendatang ini, dia berharap dapat melakukan yang terbaiknya dalam dua acara (acara 10m platform seirama wanita dan acara 10m platform individu wanita) yang dia bakal ambil bahagian dan memenuhi impiannya untuk membawa balik satu lagi pingat Olimpik. "Ibu bapa saya dan adik lelaki saya akan datang bersorak untuk saya. Saya sangat gembira kerana ini adalah kali pertama mereka akan melihat saya melakukan terjunan di acara antarabangsa," katanya.
Mengenai impian, Pandelela berkata dia akan terus melakukan terjunan selagi kakinya masih mampu membuat terjunan dari platform itu tetapi dia juga sedang memikirkan mengenai masa depan bila dia akhirnya akan bersara dari sukan yang dicintainya.
"Oleh itu, saya sedang mengambil kursus ijazah Sains Kesukanan di Universiti Malaya, dengan mengambil kursus teras Pengurusan Sukan. Saya berharap dapat menyumbang kembali sesuatu kepada masyarakat apabila karir terjun saya berakhir kelak."
(Update 10 Ogos 2016: Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong telah berjaya memenangi pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita pada awal pagi tadi di Olimpik Rio. Tahniah Pandelela dan Jun Hoong!)
Pandelela dan Jun Hoong dalam acara akhir 10m platform seirama wanita di Rio 2016 |
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Malaysia Tatler bertajuk, "National Diver Pandelela Rinong On The Road To Rio" yang ditulis oleh Dian Pasquinal Kaur bertarikh 29 Julai 2016)