KUCHING: Keluarga Pandelela Rinong berkumpul di hadapan televisyen dan berdoa sambil penerjun kebangsaan itu maju ke platform untuk terjunan yang terakhir.
Doa-doa mereka terkabul.
Ayahnya Pamg Joheng tersenyum lebar semalam. Dia berkata keluarga mereka bangun pada 1 pagi untuk menontonnya dan Cheong Jun Hoong bertanding. Emaknya Hartini Lamim langsung tidak tidur.
"Selepas pusingan kelima dan terakhir, pingat perak telah sah dimenangi. Kami sungguh teruja melihat mereka maju melalui pusingan-pusingan itu. Dan kami sungguh berbangga untuk Pandelela kerana dia telah mencapai lebih baik dari gangsa yang dimenanginya di London empat tahun yang lalu," kata Pamg.
Hartini, 47 tahun, yang juga amat bergembira, bersetuju bahawa pingat perak itu adalah kejutan yang manis.
Ibu bapa dan keluarga Pandelela penuh semangat ketika ditemui wartawan (Foto: The Star) |
Pamg dan Hartini kini akan terbang ke Brazil pada hari Isnin bersama anak mereka Pardika Indoma untuk menyaksikan Pandelela bertanding dalam acara 10m platform individu minggu depan
"Pandelela telah mengatur perjalanan kami kerana dia ingin kami di sana untuk acara individu," Pamg berkata, sambil menambah bahawa mereka akan berada di Rio selama lapan hari.
"Kami menganggapnya sebagai pahlawan. Dia seorang yang bermotivasi tinggi dan selalu berusaha kuat dan kami bersyukur untuk itu," kata Hartini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata bahawa kerajaan negeri akan membuat keputusan mengenai insentif untuk Pandelela selepas Olimpik Rio berakhir.
(Diterjemah oleh SDP daripada artkel The Star bertajuk, "A Prayer Answered For Pandelela's Folks" yang ditulis oleh Sharon Ling bertarikh 11 Ogos 2016)