Dari kiri: David Boudia dan Steele johnson memenangi perak acara terjun seirama |
RIO DE JANEIRO - David Boudia dan Steele Johnson telah memenangi perak untuk Amerika Syarikat pada hari Isnin - dan kemudiannya mengisytiharkan nama Yesus kepada penonton televisyen nasional.
Boudia dan Johnson memenangi perak dalam acara 10m platform seirama lelaki, memberikan Boudia pingat ketiganya sepanjang penglibatannya dalam Olimpik dan Johnson pingat yang pertamanya.
Iman Boudia sudah dikenali dalam dunia sukan - dia telah menulis bersama sebuah buku, Greater Than Gold
mengenai imannya - walaupun ramai penonton kemungkinan tidak berapa
tahu mengenai Johnson, yang berlinangan air mata setelah mereka berdua
mengetahui bahawa mereka telah menduduki tempat kedua.
"Memang tekanannya amat besar, saya dapat merasakannya," Boudia, yang juga akan bertanding dalam acara platform individu memberitahu para penonton nasional NBC. "Ianya sebenarnya adalah krisis identiti. Bila fikiran saya menumpu kepada ini (acara terjun), dan saya fikir bahawa saya didefinisikan oleh ini, maka fikiran saya akan jadi gila. Tetapi kami berdua tahu bahawa identiti kami adalah dalam Kristus, dan kami berterima kasih untuk kesempatan ini untuk dapat membuat terjunan di hadapan Brazil dan di hadapan Amerika Syarikat. Ianya adalah detik yang paling mengujakan bagi kami."
Johnson bersetuju.
"Cara David mengungkapkannya tepat sekali - hakikat bahawa saya menyertai acara ini dengan mengetahui bahawa identiti saya adalah berdasarkan Kristus dan bukanlah keputusan pertandingan ini telah memberi saya damai dan menyebabkan saya dapat menikmati pertandingan ini," Johnson memberitahu NBC. "Jika ianya berjalan dengan hebat, saya gembira. Jika ianya tidak berjalan dengan hebat, saya masih dapat bersukacita kerana saya di Olimpik bertanding bersama peribadi yang terbaik, mentor yang terbaik - salah seorang yang terbaik yang saya kenal. Tuhan telah memberikan kepada kami kesempatan yang hebat, dan saya cukup gembira bahawa saya telah mendapat pingat perak Olimpik dalam acara pertama kali saya."
David Boudia dan Steele Johnson dalam acara 10m platform seirama lelaki di Olimpik Rio |
Keterangan pada akaun Twitter Boudia berbunyi, "Pengikut Kristus, Mazmur 115:1. Suami. Bapa. Juara Penerjun Olimpik." Dia telah memenangi pingat emas dan gangsa dalam Olimpiknya yang pertama pada 2012.
Akaun Johnson pula menyatakan, "Pengikut Kristus. Peserta Olimpik 2016. Jurufoto."
Buku Boudia telah diterbitkan oleh Thomas Nelson dan telah ditulis bersama dengan Tim Ellsworth.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Examiner bertajuk, "Boudia and Johnson Proclaim Christ On National TV After Winning Olympic Silver" yang ditulis oleh Michael Foust bertarikh 8 Ogos 2016)
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Examiner bertajuk, "Boudia and Johnson Proclaim Christ On National TV After Winning Olympic Silver" yang ditulis oleh Michael Foust bertarikh 8 Ogos 2016)