Topik alkohol akan memecahkan masyarakat Kristian kepada dua sambil pihak-pihak memperdebatkan mengenai pencegahan sepenuhnya menentang kesederhanaan.
Pastor-pastor yang terkenal seperti Perry Noble dan Clayton Jennings telah jatuh kerana penyalahgunaan alkohol.
Seorang peribadi telah menanya Billy Graham: "Saya ingin agar isteri saya tidak terus mengganggu saya. Dia kata bahawa saya harus dapat rawatan untuk kebiasaan minum saya, tapi saya boleh berhenti bila-bila saja saya mahu. Apakah salahnya dengan beberapa gelas minuman keras?"
Graham menjawab:
Apa yang salah dalam kes kamu adalah jelas: tabiat minum anda jelas menjejaskan hidup dan perkahwinan anda. Jika tidak, isteri anda tidak akan begitu bimbang - tetapi dia mengasihi anda dan bimbang mengenai anda, dan dia benci apa yang sedang dilakukan alkohol pada anda.
Tetapi ada sesuatu yang lain dalam kes anda: alkohol sedang memesongkan cara pemikiran anda dengan membuat anda mempercayai sesuatu yang memang tidak benar. Anda berkata bahawa anda boleh berhenti bila-bila masa - tetapi kenapakah anda tidak melakukannya? Saya mensyaki bahawa sebab yang sebenar ialah anda tidak dapat; anda sudah terlalu bergantung kepada alkohol untuk membantu anda untuk melalui keadaan. Daripada menghadapi masalah-masalah anda, anda mendapati lebih mudah untuk melekakan fikiran anda dan mengelak dari menghadapi masalah-masalah itu. Tapi realitinya, anda menjadikan keadaan anda lebih teruk. Alkitab mengingatkan, "Air anggur itu pencemuh, minuman keras itu membuat gaduh" (Amsal 20:1, AVB).
Bagaimanapun, janganlah salah faham mengenai saya, atau menganggap saya ingin membuat anda rasa bersalah - sebab itu bukan niat saya. Kebenaran yang paling penting saya dapat sampaikan kepada anda adalah ini: Tuhan mengasihi anda, dan Dia ingin membantu anda. Itulah sebabnya saya menyeru kepada anda untuk menghadapi secara jujur keperluan anda untuk mengatasi alkoholisme, dan mendapatkan pertolongan Tuhan.
Bermula dengan meminta Yesus Kristus datang ke dalam hidup anda - dan Dia akan melakukannya. Dia bukan sahaja memadamkan masa lampau, tetapi Dia juga akan memberi anda kasih yang baru untuk orang-orang lain dan keinginan baru untuk hidup seperti yang sepatutnya. Dan jika anda memerlukan pertolongan secara profesional untuk masalah-masalah anda, mintalah kepada-Nya untuk memimpin anda kepada program yang sesuai dalam komuniti anda. Semoga Tuhan memberkati anda.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Charisma News bertajuk, "Billy Graham Answers: What's Wrong With A Few Drinks?" yang ditulis oleh Jessilyn Justice bertarikh 5 Disember 2016)