Isnin, 12 Disember 2016

5 Set Natal Paling Popular

Baru-baru ini saya terbaca mengenai Set Natal Hipster (gambar di atas) yang telah menarik perhatian ramai. Ianya menunjukkan Natal dalam senario serba modern - dengan Yusuf berselfie bersama Maria dan anak, gembala yang menggunakan iPad, dan orang-orang majus yang mengendarai Segway sambil membawa bungkusan hadiah Amazon. Selepas melihat Set Natal Hipster itu, saya telah membuat carian di internet dan berikut ini adalah set-set Natal paling popular yang disenaraikan oleh blog Best Christmas Nativity Sets.

Terdapat begitu banyak jenis pilihan set Natal untuk perhiasan dalam rumah, ianya agak sukar untuk memilih, tetapi saya cadangkan agar anda mencari yang paling tradisional dan memberi hormat. Dengan itu, anda hanya perlu memilih berapakah kepingan yang anda inginkan dalam set dan apakah saiznya kepingan-kepingan itu.

Meletakkan set Natal memberikan lebih makna dalam perhiasan Krismas di dalam rumah. Cuba pilih satu set Natal yang memiliki sentuhan tambahan dalam seni krafnya atau asalnya seperti yang bertema Celtic dan yang memperlihatkan kualiti penghasilan tangan. 

Kebanyakan set Natal untuk perhiasan dalam rumah diperbuat daripada resin, kayu atau plastik, dan ada beberapa gaya pereka untuk anda pilih seperti set-set Natal Fontanini.

Ingat bahawa Natal yang asal adalah senario yang amat sederhana, dan set anda harus mencerminkan kesederhanaan dan kerendahan hati bayi Yesus. Itu tidak bererti bahawa anda harus membeli set yang paling murah. Carilah set yang mempunyai kualiti yang bertahan dan mempunyai potensi menjadi warisan turun temurun keluarga.

Setelah membeli-belah untuk set Natal saya sendiri dan setelah membaca banyak ulasan, saya telah membuat satu senarai set Natal paling popular untuk perhiasan dalam rumah. 

Saya cuba memilih set-set Natal yang saya rasa paling menunjukkan hormat kepada senario Natal yang asal, dan yang telah diperbuat dengan baik, berdasarkan ulasan-ulasan dari pelanggan. Hanya set-set yang mendapat ulasan 3, 4 dan 5 bintang dipertimbangkan. 

Set-set Natal untuk perhiasan dalam rumah boleh memiliki ukiran yang lebih teliti, dan harganya dicerminkan dalam kepingan-kepingan yang cantik itu. Saya berpendapat bahawa banyak daripada set-set itu diberi harga yang berpatutan untuk seni kraf yang teliti padanya.

Saya berharap ulasan-ulasan ini membantu anda membuat pilihan yang bijak untuk mendapatkan set yang memberikan penghormatan. 

5 Set Perhiasan Natal Yang Popular:


#1 - Set Natal Willow Tree oleh Susan Lord - 6 Kepingan

Ulasan 5 Bintang - Set Natal Willow Tree oleh Susan Lord adalah sangat popular dan yang ini sangat cantik dalam kesederhanaan senario Natalnya. 6 kepingannya termasuk Maria, Yusuf, anak gembala mendukung anak domba, dua ekor domba dan seekor keldai. 

Koleksi Set Natal Willow Tree membolehkan anda untuk menambah kepingan kepada set Natal anda dan ianya diberi harga yang sangat berpatutan untuk seni kraf yang begitu cantik.

Kepingan-kepingan itu dibentuk dengan kukuh dan para pelanggan menyukainya secara konsisten. Yusuf berdiri dengan ketinggian 9 inci dan Maria dengan ketinggian 6 inci sambil berlutut dan menggendong bayi Yesus.

Ramai pelanggan Willow Tree mengucapkan keterujaan mengenai penambahan kepingan dalam koleksi set Natal mereka pada tahun-tahun mendatang. 

Set Natal Willow Tree ini pastinya akan memaparkan makna sebenar Krismas di rumah anda pada musim Advent (pra-Natal) ini.


 #2 - Joseph's Studio Set Natal Roman - 5 Kepingan

Ulasan 4 Bintang - Joseph's Studio Set Natal Roman - 5 Kepingan, 8 1/4 inci mendapat ulasan bagus untuk warnanya dan ketelitian ukirannya serta posisi dan cara penggayaan watak-watak dalam senario Natal itu. 

Satu aura yang realistik kelihatan jelas pada kepingan watak-watak itu dan membawakan satu rasa hormat dan keindahan pada musim pra-Krismas. 


  #3 -Fontanini Set Natal Centennial Roman - 7 Kepingan

Ulasan 5 Bintang - Fontanini Set Natal Centennial Roman buatan Itali - 7 Kepingan, 5 inci adalah kegemaran saya kerana ianya mengingatkan saya akan set yang kami ada dalam keluarga semasa saya masih kanak-kanak.  

Terdiri dari sebuah kandang bercorak buatan kayu dengan ketinggian 10 inci  dan lebar hampir 14 inci. Ianya mengandungi Keluarga Suci yang paling penting di tempatnya dan, seperti set yang kami pernah miliki, anda boleh menambah kepingan-kepingan pada tahun-tahun berikutnya.

Set Natal Fontanini ini diperbuat di Itali daripada bahan-bahan bermutu tinggi dan dicat dengan tangan dengan sangat terperinci. Pepatung itu kelihatan realistik dan cantik. 


  #4 - Set Natal Mikasa Holiday Splendor - 12 Kepingan

Ulasan 5 Bintang - Set Natal Mikasa Holiday Splendor - 12 Kepingan - Jika warna yang lengkap bukanlah satu keperluan bagi set Natal anda, anda perlu melihat Set Natal Mikasa Holiday Splendor - 12 Kepingan ini, ianya sangat unik dan diperbuat dengan cantik.

Ianya telah diperbuat dengan baik daripada porselin dan dihiasi dengan lilitan halus emas 24k dan dihantarkan dalam kotak merah berkilat yang cantik untuk disimpan dengan selamat. Kepingan-kepingan yang terbesar adalah lebih kurang 8 inci tingginya dan sangat teliti ukirannya.


#5 - Fontanini Set Natal Dengan Kandang Berlampu - 10 Kepingan

Fontanini Set Natal Dengan Kandang Berlampu - 10 Kepingan, 5 inci adalah set Natal yang dicat cantik dengan tangan dan mempunyai lampu dalam kandangnya. 

Diperbuat daripada resin yang sangat bertahan kuat dan datang bersama kotak hadiah yang menarik untuk penyimpanan pada musim bukan Krismas. Termauk juga adalah kad-kad cerita untuk kanak-kanak.

(Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel Best Christian Nativity Sets bertajuk, "Popular Nativity Sets Indoor")