Rangkaian itu, yang dikenali untuk etika prihatin Kristian yang kuat di kalangan kakitangannya, telah meningkat dengan pantas dari kedudukan rangkaian restoran ketujuh paling besar di Amerika Syarikat ke tempat ketiga, hanya di belakang McDonald's dan Starbucks.
Tambahan lagi, jualan purata per kedai Chick-fil-A telah mengatasi jualan per kedai McDonald's di Amerika. Menurut Business Insider, purata jualan per lokasi untuk Chick-fil-A pada 2018 adalah $4.6 juta, jauh mengatasi jualan purata per lokasi McDonald's $2.8 juta.
Menurut Business Insider lagi, restoran-restoran Chick-fil-A telah menjual tiga kali lebih banyak daripada lokasi-lokasi KFC secara purata, dan telah menjadi rangkaian ayam terbesar dalam industri itu di Amerika Syarikat.
Menurut para penganalisa, kebangkitan Chick-fil-A adalah hasil gandingan makanan yang lazat dan layanan pelanggan yang hebat.
Mahukah anda mencuba hidangan lazat Chick-fil-A ini?