Sabtu, 1 Mac 2014

Kenyataan Pastor Chang Mao Song Mengenai Kes Cho Yonggi

Pastor Chang Mao Shang dari Taiwan
Ramai orang yang terkejut membaca kes penghakiman Pastor Cho Yonggi yang telah menjadi tajuk utama berita baru-baru ini. Seorang pastor megachurch Taiwan, Pastor Chang Mao Song telah mengeluarkan kenyataannya berikut mengenai kes Pastor Cho Yonggi:

Kenyataan Pastor Chang Mao Song mengenai kes Pastor Cho Yonggi:

Ramai yang telah membaca laporan media mengenai kes Pastor Cho. Oleh kerana keputusan kehakiman telah dibuat, kami tidak berkuasa berkata lebih lagi. Tetapi kami tidak dapat lupakan bahawa untuk bertahun-tahun, Pastor Cho telah menjadi berkat kepada gereja-gereja di Taiwan melalui berkat dan pengajarannya. 

Tanpa syak lagi, dia adalah pembimbing dan pendorong rohani kami - tanpa bimbingannya, gereja tidak akan berada pada tahap hari ini. Kami tidak dapat memadamkan jasa Pastor Cho kepada gereja-gereja Taiwan - dia telah menjadi pertolongan dan berkat yang sangat besar

Pastor Cho yang saya kenal menjalani kehidupan yang sangat sederhana. Dia seorang yang pemurah dan telah memberikan apa yang dimilikinya sendiri untuk membantu mereka yang memerlukannya. Apabila berlaku kes ini, kita perlu ingat bahawa kebenaran bukan saja apa yang telah dilaporlkan oleh media. Kita tidak dapat memahami sebab di sebalik apa yang sedang berlaku, tapi kita mengingati kebaikan dan berkatnya pada kita - oleh itu janganlah menghakiminya berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh anaknya.

Apabila saya mengetahui mengenai kes jenayah Pastor Cho tahun lepas, saya telah berusaha mendapatkan maklumat dari pihak-pihak yang berbeza. Penatua Lin Yi Zhou telah telah mengunjungi saya di Taiwan dan kami telah berbual-bual untuk lebih dari dua jam untuk menjelaskan seluruh kes. Pastor Lee Yong Xun juga telah mengunjungi saya pada bulan Februari untuk membincangkan kes Pastor Cho. 

Berikut ini ialah pemahaman saya mengenai kes ini:

1) Anak Pastor Cho telah membuat permohonan lebih daripada 10 tahun lalu, meminta gereja untuk melabur dalam sebuah syarikat pembersihan (bukannya suratkhabar Kook Min Ip Po) - dan syarikat pembersihan ini adalah kontraktor untuk menguruskan kebersihan gereja.

2) Para penatua telah meluluskan pelaburan ini, tetapi pada kadar yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. 

3) Pada akhirnya, mereka meminta Pastor Cho untuk memberi cop mohor kelulusan. Apabila kes ini meledak, Pastor Cho pun menghadapi salah faham dan pengadilan jenayah.

a) Dia telah secara terbuka meminta maaf kepada jemaatnya secara berlutut. Tiga tahun yang lalu, sebilangan penatua yang tidak senang dengan Pastor Cho telah melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa. Pada masa itu, Pastor Cho berlutut dan meminta maaf kepada jemaat di khalayak umum, semasa satu kebaktian hujung minggu. Dia mengakui kesilapannya, dan kerana tidak memiliki kesaksian keluarga yang baik, yang membawa kelukaan kepada gereja.

b) Dia dengan tenang menghadapi pengadilan kes. Semasa soal balas, sebahagian penatua sudah meninggal dunia, sebahagian telah melepaskan jawatan, dan sebahagian mengatakan bahawa mereka sudah lupa. Masih terdapat lebih daripada 1,000 penatua yang mengatakan "Pastor Cho tidak bersalah". Mereka juga meminta hakim mengapa dia tidak mempercayai "kesaksian lebih daripada seribu orang penatua, tetapi memilih untuk mempercayai kesaksian 30 penatua".

c) Hakim itu memberitahu Pastor Cho, "Saya tahu kes ini bukan masalah kamu, kamu hanya perlu menyalahkan anak kamu dan kes ini akan selesai." Tetapi Pastor Cho menjawab, "Anak saya telah berlaku tidak setia dan melakukan kesalahan kepada saya, tetapi saya tidak dapat lakukan itu kepada anak saya sendiri."

d) Yoido Full Gospel Church tetap berpendirian menyokong penuh Pastor Cho, dan sepenuhnya menegaskan kebenarannya.

Kami sedih bahawa insiden seperti ini telah berlaku, terutamanya kepada seorang peribadi yang telah menjadi pelayan yang setia untuk lebih enam puluh tahun. Oleh kerana dedikasinya kepada pelayanan, dia telah mengabaikan penjagaan keluarganya yang mengakibatkan anaknya yang "tidak berguna" yang telah melibatkan bukan saja ayahnya secara peribadi tetapi juga seluruh gereja. Pastor Cho tidak menguruskan perkara ini dengan baik - sebagai orang yang bertanggungjawab dalam gereja, dia mempunyai tanggungjawab mengawasi, terutamanya dalam hal pelaburan dalam syarikat anaknya, dia seharusnya lebih berhati-hati dan berwaspada.

Berhadapan dengan insiden ini, inilah renungan dan sikap kita;

1) Terus berdoa untuk pembimbing rohani kita dan gerejanya untuk dengan cepat melepasi ribut ini, dan berdiri sekali lagi untuk Tuhan! Gereja ini telah pernah menjadi berkat kepada gereja-gereja di seluruh dunia - kita harap mereka akan dapat memperbaharui azam mereka dan meneruskan perjalanan dengan kesaksian yang diperbaharui!!

2) Kita sendiri mesti berjaga-jaga - terutama pemimpin-pemimpin pastoral di gereja-gereja besar, untuk menggembalakan keluarga kami sendiri adalah keutamaan nombor 1 kami. Untuk hidup dalam penampilan yang terkawal dan tidak menjadi kesaksian yang buruk!!

3) Mereka yang mempunyai kedudukan dan kuasa yang besar mestilah semakin rendah hati dan menghadkan kuasa mereka. Kuasa yang mutlak akan merosakkan dengan mutlak!! Kita mesti selalu berhati-hati, dan pada setiap hari, berdoa, merenung dan beribadah. Berhati-hati supaya kita tidak akan jadi orang yang akan jatuh seterusnya.

4) Gereja menghadapi banyak masalah, kita mesti lebih berdoa, lebih menyumbang, lebih mengasihi satu sama lain. Berkenaan pastor-pastor yang sedang terjebak dalam persoalan, janganlah kita menambah kepada permasalahan mereka. Janganlah kita bermusuhan satu dengan lain. Marilah kita menyatukan kekuatan kita untuk menghadap musuh yang di luar!!

5) Kita perlu berdiri lebih berani lagi bagi Tuhan untuk membina gereja yang kuat dan berkesan.


Baca juga: "Pastor Rodgers Memberi Penjelasan Mengenai Cho Yonggi"


(Diterjemah daripada artikel Not Under The Table bertajuk "Statement By Pastor Chang Mao Song Regarding Pastor Cho Yonggi's Case" bertarikh 24 Februari 2014)