Roma Downey dan Mark Burnett, pasangan suami isteri yang telah menerbitkan mini siri The Bible dan kini filem Son of God |
Mini siri 10 jam The Bible telah memecahkan rekod tontonan TV kabel pada 2013, mencapai lebih daripada 100 juta penonton di The History Channel.
Kini, penerbit bersama, Roma Downey dan Mark Burnett akan membawa kisah kehidupan Yesus ke layar besar dengan filem baru mereka, Son of God.
Downey paling dikenali untuk peranannya dalam siri televisyen suka ramai Touched By An Angel, Suami dan rakan kongsi penerbitannya, Burnett ialah pencipta kreatif di sebalik rancangan-rancangan realiti, Survivor, The Voice dan Shark Tent.
Yesus Di Layar Besar
"Kami menyedari bahawa kisah Yesus perlu dipersembahkan dalam suatu penayangan penuh secara sendirinya," kata Downey.
"Kisah Yesus tidak kelihatan di layar besar sejak Passion of the Christ. Dan seluruh kisah hidupnya tidak terlihat di layar besar selama 50 tahun sejak The Greatest Story Ever Told. Jadi kami merasa inilah kesempatan untuk membawa Yesus ke layar besar untuk satu generasi yang baru," sambungnya lagi.
Pasangan Hollyweood itu telah mendapat idea untuk filem ini sewaktu penggambaran mini siri itu. Downey and Burnett bercerita dengan CBN News sebelum penayangan rasmi filem itu di pawagam.
Burnett memberitahu CBN News tentang keputusan membuat filem itu.
"Semasa kami sedang membuat penggambaran siri itu, Roma memandang pada saya dan berkata bahawa sedutan dari babak penggambaran itu sungguh menakjubkan.'" katanya. "Special effectnya akan sungguh hebat, ini harus dibawa ke layar besar. Jadi kami memulakan ini dua tahun yang lalu, lama sebelum siri itu mula ditayangkan."
Pasangasn itu melakukan penggambaran filem itu di lokasi di Magribi dengan para pelakon antarabangsa termasuk wajah-wajah yang sudah dikenali daripada mini siri The Bible, termasuk Diogo Morgado sebagai Yesus. Downey memain peranan sebagai ibu Yesus.
Downey sebagai Maria
"Wau, ianya suatu penghormatan yang begitu besar untuk mengambil peranan itu. Saya tidak dapat membayangkan sepenuhnya apa yang ibu Yesus telah merasakan, terutama pada babak-babak di kaki salib," kata pelakon itu sambil menceritakan pengalamannya.
"Banyak doa telah mendahului penggambaran itu," sambungnya, "Saya cuba membawakan hati seorang ibu dalam memain peranan itu. Untuk merasakan apa yang seorang ibu akan rasakan."
"Itu adalah pengalaman yang sangat-sangat mengharukan," katanya.
Kebangunan iman di Hollywood?
Son of God akan ditayangkan di layar besar padfa waktu Hollywood sedang mengalami suatu kebangunan iman.
Filem itu juga mendapat lonjakan di pawagam apabila pastor-pastor megachurch seperti Joel Osteen dan Rick Warren memimpin kempen "mengambil alih pawagam." Gereja-gereja dan pertubuhan-pertubuhan Kristian sedang membeli semua tiket untuk penayangan di pelbagai pawagam.
Begitupun, Burnett berkata bukti kejayaan terletak pada filem itu sendiri.
"Yang paling penting ialah samada filem itu bagus," katyanya. "Dan kami telah pergi ke 20 bandar besar dan mengadakan pra-tonton. Orang yang menontonnya suka akan filem itu. Ianya kisah yang besar. Ianya penuh drama. Tetapi ianya juga sangat intim."
Filem Son of God |
Keintiman dalam filem itu juga menyentuh kehidupan peribadi pasangan itu.
"Satu-satunya yang dapat berlaku pada sesiapapun yang percaya pada Yesus seperti kami, apabila kami melakukan ini, ialah kami semakin mendalaminya," kata Burnett. "Dan juga, kami adalah suami isteri, jadi ianya telah menjadi perjalanan yang mengkagumkan untuk kami."
"Kami masih boleh bercakap-cakap satu sama lain," Roma bersenda.
"Kami sering bergurau bahawa banyak pasangan yang tidak dapat melakukan kerja bersama-sama. Dan kami telah pun sama-sama menerbitkan kini hampir lima tahun dengan siri The Bible dan sekarang Son of God. Ianya sungguh mengkagumkan. Ianya telah memperdalamkan persahabatan kami. Ianya telah memperdalamkan perkahwinan kami dan juga telah memperdalamkan iman kami," jelas Roma.
Dan iman yang lebih mendalam itulah doa mereka untuk semua yang menonton filem ini.
(Diterjemahkan daripada artikel CBN bertajuk "Son of God: A Love Story Beyond The Big Screen" penulisan Efrem Graham bertarikh 28 Februari 2014)