Selasa, 8 Disember 2015

5,000 Akan Sertai Perarakan Krismas Di Serian Ahad Ini

Jawatankuasa penganjur perarakan Krismas Serian selepas mesyuarat mereka pada hari Rabu.
Setiausaha Rudae Minuk di tempat duduk, empat dari kiri (Foto The Borneo Post)

SERIAN - Kira-kira 5,000 orang akan menyertai Perarakan Krismas Serian yang dijadualkan pada Ahad ini sempena kenaikan taraf daerah ini kepada pentadbiran bahagian terbaru di negeri Sarawak.

Laluan perarakan pada kali ini dianggarkan sejauh 4.5 kilometer, lebih panjang berbanding 3 kilometer penganjuran julung kali tahun lalu, kata setiausaha penganjur Rudae Minuk. 

Menurut beliau sebanyak 13 apungan menyertai perarakan tahun ini dihoskan oleh Gereja Seventh Day Adventist. Ia juga disertai gereja lain seperti Gereja Roman Katolik, Methodist, Anglikan, Borneo Evangelical Mission dan Good News Fellowship.

Beliau berkata antara yang menyertai perarakan tersebut ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi negeri Datuk Seri Michael Manyin, Timbalan Speaker Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Residen Serian Dahim Nadot. 

Perarakan tersebut akan bermula di Taman Komuniti Serian dan melalui beberapa jalan raya di bandar itu dan berakhir di tempat permulaan.

(Diambil daripada artikel KL Xpress bertajuk, "5,000 Akan Sertai Perarakan Krismas Di Serian Ahad Ini" penulisan Razif Yusuf bertarikh 5 Disember 2015)