Isnin, 6 Februari 2017

Benar Atau Tidak?


BENAR ATAU TIDAK

KONFLIK terjadi bukan hanya kerana ada pihak yang salah atau benar, tetapi seringkali disebabkan kerana ada orang yang selalu MERASA bahawa dirinyalah yang PALING BENAR.

Orang yang seperti ini bukan hanya membuat masalah semakin meruncing,
tapi juga menjadi SUMBER MASALAH.

Lalu apa bezanya Orang Benar dgn Orang yang Merasa Paling Benar?

Orang Benar:

  • Tidak akan berfikir bahawa dia yg Paling Benar,
  • Dapat menyedari Kesalahannya,
  • Mengkaji diri,
  • Rendah hati,
  • Lemah lembut,
  • Dapat menerima Maklum Balas & Kritikan dari siapa saja, bahkan dari anak kecil,
  • Selalu menjaga Perkataan & Perilakunya,
  • Berbicara dengan Hati-Hati.

Orang yang Merasa Benar:

  • Selalu berfikir bahwa dia yang Paling Benar,
  • Tidak pernah mengaku salah,
  • Tidak pernah mengkaji diri kerana merasa Sudah Benar & Tinggi Hati,
  • Hatinya Keras,
  • Sulit menerima Nasihat, Kritikan, Maklum Balas dari orang lain,
  • Berfikir, Berkata, & Berbuat sekehendak hatinya tanpa mempedulikan perasaan org lain. suka kekerasan

Kerana itu ORANG BENAR selalu DIHORMATI & DICINTAI sesamanya, sedangkan ORANG yang MERASA PALING BENAR hanya akan DISANJUNG oleh orang-orang yang BERFIKIRAN SEMPIT, yang sekadar ingin MEMANFAATKAN DIRINYA.

Ketika ORANG yang MERASA PALING BENAR ternyata terbukti melakukan kesalahan, dia akan merasa sangat MALU.

Sebab itu...

Janganlah menganggap DIRI PALING BENAR, PALING BIJAK, PALING PANDAI. Jadilah PERIBADI yang RENDAH HATI untuk mendengarkan Kritikan, Saranan, Pendapat, dan Wawasan daripada orang lain.

Ingatlah,

KERENDAHAN HATI untuk mahu mendengarlah yang akan membuat kita semakin BERTUMBUH & BERBENAH untuk menjadi LEBIH BAIK.

JADILAH ORANG BENAR,
BUKAN ORANG YANG MERASA PALING BENAR ! (JL)

(Dialihbahasa daripada catitan Facebook Sanggam Manalu bertajuk "Instrospeksi" bertarikh 6 Februari 2017)