Selasa, 7 Februari 2017

Pemain-Pemain Pasukan Super Bowl, New England Patriots Dan Atlanta Falcons Bersetuju Dalam Cinta Mereka Pada Alkitab


Super Bowl LI (ke-51) akan lama diingat sebagai kebangkitan kembali yang terhebat dalam sejarah NFL yang telah dilakukan oleh New England Patriots yang telah bangkit dari ketinggalan mata 28-3 untuk mengalahkan Atlanta Falcons 34-28, dalam masa tambahan pada Ahad di Stadium NRG di Houston, Texas. 

Dalam aspek rohani, Super Bowl tahun ini juga akan diingat sebagai tahun di mana dua pasukan pesaing yang mana pemain-pemainnya, sekurang-kurangnya lima daripada mereka, bersetuju dalam satu perkara: cinta utuh mereka pada Alkitab, menurut Faithwire.

Pada hari Jumaat, pereka app Alkitab Youversion mengeluarkan video menunjukkan tiga pemain dari Patriots dan dua pemain dari Falcons menerangkan kepentingan Injil dalam hidup mereka.

Untuk Patriots, pemain free safety Devin McCourty berkata app Alkitab itu membantunya mengekalkan fokus setiap hari. "Applikasi Alkitab Youversion membantu saya mengekalkan fokus setiap hari, samada ianya renungan sepanjang tahun atau renungan 30 hari... Tidak ada yang lebih bagus. Apabila saya bangun tidur setiap pagi, saya ambil saja telefon saya, log masuk app dan saya boleh membacanya sebelum saya bangkit dari katil," katanya.

Rakan sepasukannya, wide receiver Matthew Slater, berkata hal yang hampir sama, menyatakan bahawa app itu membantukan mengekalkan fokus.

"Daripada kadang-kala hanya membaca tanpa tujuan, saya dapat menggunakan pelan-pelan bacaan mereka pada musim-musim berbeza dalam hidup saya apabila saya memerlukannya," katanya. "Samada ianya sesuatu mengenai keibubapaan atau mengenai rumahtangga... dengan memiliki pengaturan itu sambil saya membuat kajian, adalah hebat sekali. Ianya sangat membantu saya dan isteri saya."

Pemain defensive back Jordan Richards, juga dari Patriots berkata app Alkitab Youversion membantunya mencari ayat dengan cepat. Ianya sangat berguna, katanya, "ketika saya bertemu seseorang dan kami berbincang mengenai Firman dan tiba-tiba kami teringat satu ayat dan kami perlu mencarinya untuk mendapatkan lebih mengenai konteksnya."  

Untuk Falcons, fullback Patrick DiMarco berkata dia membaca Alkitab setiap hari, dan menggunakan app Youversion untuk membantunya dalam perjalanan rohani.

"Saya ada isyarat yang akan berbunyi pada 6.30 -- boom," katanya. "Ianya satu cara yang unik untuk mendalami Firman."

Rakan sepasukan Josh Harris berkata app Alkitab itu membantu orang menemukan inspirasi yang mereka perlukan semasa melalui kesusahan hidup.

"Ianya mudah untuk mengambil telefon dan menggunakan app itu, dan cari saja inspirasi yang anda perlukan atau masalah yang anda sedang hadapi. Maksud saya, anda boleh mendapatkan segala yang anda perlukan di situ," katanya.





Tentu saja, semua orang tahu bahawa pendukung terbesar Alkitab di kalangan ahli-ahli sukan: bekas bintang NFL Tim Tebow.

Ketika dia masih bermain dengan Florida Gators, Tebow mengingati bagaimana dia selalu menulis ayat-ayat Alkitab pada tanda hitam di bawah matanya. Pada mulanya. dia menulis Filipi 4:13 - "Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan" (AVB).

Tebow kemudian mengubah ke ayat Yohanes 3:16, "Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal" (AVB).

Semasa perlawanan akhir kejohanan BCS 2009, apabila pasukannya mengalahkan Oklahama, orang ramai menjadi begitu teringin tahu mengenai apakah ayat yang telah ditulisnya di  bawah mata, 94 juta orang dilaporkan telah mencarinya di Google semasa perlawanan sedang berlangsung.

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "Super Bowl Rivals New England Patriots And Atlanta Falcons United By Their Love For The Bible" yang ditulis oleh Hazel Torres bertarikh 6 Februari 2017)