Khamis, 9 Mac 2017

Seorang Lelaki Ditangkap Polis Berkaitan Kes Penculikan Pastor


SHAH ALAM: Polis pada awal hari ini telah memberkas seorang lelaki di Ampang berkenaan penculikan Pastor Raymond Koh. 

Suspek itu yang berumur 32 tahun, telah ditangkap pada 3.30 pagi selepas dia membuat tuntutan wang tebusan daripada keluarga Koh untuk perlepasannya. 

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata bahawa polis telah mendapatkan perintah reman selama empat hari terhadap lelaki itu daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk memudahkan siasatan di bawah Seksyen 365 di bawah Akta Keseksaan untuk penculikan dan Seksyen 385 di bawah akta yang sama untuk peras ugut. 

"Berkaitan kes penculikan seorang pastor di Petaling Jaya pada 13 Februari, polis telah menahan seorang suspek di Ampang pada 3.30 pagi hari ini.

Suspek telah menghubungi keluarga sehari lebih awal (Rabu) dan meminta sejumlah wang tebusan untuk perlepasannya," Abdul Samah berkata dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada polis telah dapat menentukan apa yang telah berlaku kepada pastor itu atau di mana lokasinya. 

Abdul Samah berkata penyiasatan terhadap kes itu masih berjalan, dan menyeru kepada orang awam agar tidak membuat spekulasi. 

Dia berkata mereka yang memiliki sebarang maklumat yang dapat membantu siasatan diseru untuk menghubungi polis.

Telah dilaporkan sebelum ini bahawa Koh, 62, telah diculik oleh sekumpulan lelaki pada 13 Februari ketika dia sedang memandu di Kelana Jaya. 

(Diterjemahkan oleh SDP daripad artikel New Straits Times bertajuk, "Man Arrested In Connection With Pasttor's Abduction Case" yang ditulis oleh Hariz Mohd bertarikh 9 Mac 2017)