Jumaat, 30 Jun 2017

"Perkara Pertama Saya Akan Lakukan Ialah Bayar Persepuluhan" Kata Derek Carr Selepas Mendapat Kontrak Termahal NFL


Derek Carr tidak pernah segan untuk menyatakan imannya. Selepas mengalami kecederaan yang menamatkan musim pada musim lalu, dia tidak merasa murung dan kecewa, sebaliknya dia menghantar ayat Alkitab dan pujiaan untuk kebaikan Tuhan melalui mesej Twitter. 

Kini dia mendapat perhatian media lagi kerana imannya, selepas menandatangani kontrak termahal dalam sejarah NFL, dengan $125 juta untuk 5 tahun.

Seorang wartawan yang mengakui bahawa Carr "bukanlah seorang yang suka hidup bermewah," menanya Carr pada sidang akhbar jika ada sesuatu yang dia ingin berbelanja dengan wang itu. 

"Chick-fil-A. Saya telah makan secara sihat... saya mungkin akan dapatkan sedikit Chick-fil-A" itu adalah jawapannya yang pertama, tentu sekali menyenangkan pemilik Chick-fil-A, termasuk Dan Cathy.

Carr seterusnya menceritakan mengenai bagaimana dia dan isterinya mementingkan memberi dan amalan berjimat cermat.


"Perkara pertama yang saya akan lakukan ialah membayar persepuluhan saya seperti yang saya lakukan sejak saya di kolej, mendapat cek biasiswa $700. Itu tidak akan berubah. Saya akan lakukan itu Saya akan dapatkan sesuatu yang elok untuk isteri saya, walaupun dia akan minta saya jangan belikan. Dia masih dapatkan kupon. Sejak saya mengenalinya, dia sering mencari kupon, dia akan pergi online dan cuba mencari diskaun dan semua benda-benda itu. Semua itu tidak akan berubah. 

"Perkara yang paling mengujakan bagi saya, secara kewangan, dengan jujur, ialah wang ini akan membantu ramai orang. Saya sangat bersyukur mempunyainya dalam tangan kami, sebab ianya akan membantu orang bukan saja di negara ini, tetapi banyak negara di sekeliling dunia. Itu yang mengujakan bagi saya."
    
Hebat sekali untuk melihat seorang Kristian yang teguh dalam kedudukan yang begitu berpengaruh!

(Diterjemahkan daripada artikel CBN bertajuk, "‘First Thing I’ll Do is Pay My Tithe’: Derek Carr Promisesto Remain Frugal After Signing Largest NFL Contract Ever" yang ditulis oleh Dan Andros bertarikh 26 Jun 2017)