Khamis, 21 Disember 2017

Isteri Kepada "Penginjil Tanpa Lengan dan Kaki" Nick Vujicic Melahirkan Sepasang Kembar Perempuan

Nick Vujicic dan isteri, Kanae dalam
foto yang dimuat naik 18 Dis 2017

Isteri kepada penceramah dan penulis motivasi Nick Vujicic, yang dikenali di sekelilingi dunia sebagai "penginjil tanpa lengan dan kaki," kerana dilahirkan tanpa lengan dan kaki, telah melahirkan sepasang anak kembar perempuan beberapa hari sebelum Krismas.

"Terima kasih semua atas kasih dan doa-doa anda! Bayi Olivia dan Ellie telah dilahirkan pada harijadi Mami, 5 paun 2 aun dan 5 paun 14 aun. Mami sihat dan begitu juga dua anak perempuan itu. Terima kasih Tuhan!"

Pada Isnin lepas, Vujicic telah memuatkan catitan di Facebook, dengan foto dirinya dan isterinya, Kanae.

"Olivia dan Ellie Vujicic, dengan izin Tuhan akan dilahirkan pada pagi Rabu. Mami dalam keadaan sungguh baik sepanjang mengandung. Terima kasih Tuhan, mereka kelihatan sihat! Terima kasih doa-doa anda sekarang dan semasa pemulihan Kanae," begitu ditulisnya.

Pasangan itu juga mempunyai dua anak yang lebih tua, dengan anak lelaki pertama mereka Kiyoshi, dilahirkan pada Februari 2013, dan anak lelaki kedua mereka, Dejan, pada September 2015, telah mendapat tahu bahawa mereka akan mendapat anak kembar pada Jun lalu semasa hari Bapa.

Nick Vujicic dan isteri, Kanae
dan kembar Olivia dan Ellie
(Foto FB Nick 21 Dis 2017)

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel The Christian Post bertajuk, "Limbless Evangelist Nick Vujicic's Wife Gives Birth to Twin Girls Days Before Christmas" yang ditulis oleh Stoyan Zaimov bertarikh 21 Disember 2017)