Jumaat, 8 Disember 2017

"The Cross and the Switchblade" - Kisah Pelayanan Seorang Pastor Kepada Gengster Di New York


The Cross and the Switchblade adalah sebuah buku yang telah ditulis pada 1962 oleh Pastor David Wilkerson bersama John dan Elizabeth Sherill. Ianya menceritakan kisah benar lima tahun pertama Wilkerson di Bandaraya New York, di mana dia telah melayani pemuda-pemudi yang putus asa, menggalakkan mereka untuk meninggalkan dadah dan keganasan geng mereka untuk berpaling kepada Yesus. Buku itu telah menjadi bestseller, dengan lebih 16 juta naskah diedarkan dalam lebih 30 bahasa.

Pada 1970, sebuah filem adaptasi diterbitkan, membintangi Pat Boone sebagai David Wilkerson, dan Erik Estrada (dalam filem sulungnya) sebagai Nicky Cruz, anggota geng yang hidupnya telah ditransformasi oleh pelayanan Wilkerson. Filem itu dianggarkan telah ditonton oleh 50 juta orang dalam lebih 30 bahasa di 150 negara, menurut World Film Crusade.


Pada 1972, buku itu telah diadaptasikan menjadi buku komik yang diterbitkan oleh Fawcett Comics di bawah label mereka, Spire Christian Comics.

Pada 1968, Cruz menulis buku Run Baby Run bersama Jamie Buckingham, menceritakan kisah hidupnya termasuk pergi ke New York dan menjadi anggota geng, dan kemudiannya bertemu dengan Wilkerson dan selepas itu menjadi seorang Kristian Evangelikal.  

(Diterjemahkan daripada artikel Wikipedia bertajuk, "The Cross and the Switchblade" pada 8 Disember 2017)