Sabtu, 3 Februari 2018

Seruan CFM Untuk Doa Menjelang Ulang Tahun Penculikan Pastor Raymond Koh


PETALING JAYA: Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) telah berseru kepada gereja-gereja dan penganut-penganut Kristian agar berdoa untuk penyelesaian dalam pencarian Pastor Raymond dan tiga lagi aktivis yang telah hilang secara misteri sejak 2016.

Menjelang ulang tahun pertama penculikan Koh pada 13 Februari 2017, pengerusi CFM, Uskup Besar Roman Katolik, Julian Leow menyeru kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan penyiasatan dengan cepat dan bersungguh-sungguh mencari Koh, Amri Che Mat, Joshua Hilmy, dan isterinya Ruth Sitepu. 

Dia berkata umat harus berdoa agar Koh dijumpai dan disatukan kembali dengan keluarganya, termasuk dengan isterinya Susanna dan tiga anak mereka.

"Agar mereka diberi ketabahan dan kesabaran yang besar, dilingkupi dengan kasih Tuhan dan damai sejahtera yang menjangkaui segala pemahaman manusia dan mendapatkan kekuatan dalam sukacita mereka di dalam Tuhan, itu adalah doa kami yang bersungguh-sungguh," Leow berkata dalam satu kenyataan hari ini. 

Koh, 63, telah diculik dari keretanya oleh sekumpulan lebih daripada 10 lelaki dalam satu konvoi kenderaan. Rakaman CCTV menunjukkan sekurang-kurang kereta SUV telah terlibat dalam penculikan itu. 

Amri, 44, yang telah mengasaskan bersama pertubuhan kebajikan Perlis Hope, telah kebilangan sejak 24 November 2016. 

Isterinya, Norhayati Ariffin, berkata saksi-saksi telah melihat lima kenderaan menghadang laluan kereta Amri sebelum dia dibawa pergi hanya 550 meter dari kediaman mereka di Bukit Chabang, Perlis. 

Joshua dan Ruth telah kehilangan sejak 30 November 2016.

Leow berkata harapan agar fakta-fakta yang telah ditemui dalam inkuiri Suhakam ke atas kehilangan-kehilangan itu akan membantu siasatan pihak berkuasa telah "terbantut".

Dia berkata ini adalah kerana inkuiri telah dihentikan apabila Suhakam dimaklumkan bahawa seseorang individu telah didakwa atas jenayah menculik dalam kes Koh.

"Tanpa maklumat mengenai keberadaan Pastor Raymond Koh, penahanan itu tidak mengurangkan kebimbangan orang ramai berkenaan keselamatannya," kata Leow.

"Bagaimanapun, kami tetap berharapan sambil Suhakam meneruskan siasatan berkenaan kehilangan Amri Che Mat, Joshua Hilmy dan isterinya Ruth, Suhakam akan memperolehi fakta-fakta yang dapat mengurangkan kebimbangan ramai rakyat Malaysia yang mendapati sukar untuk bagaimana dan kenapa warga Malaysia boleh tiba-tiba hilang dan tidak dapat dijumpai untuk jangka aktu yang berpanjangan."

Pesuruhjaya Suhakam, Mah Weng Kwai telah berkata semasa hari ke-12 inkuiri pada 16 Januari bahawa prosiding akan dihentikan sehingga makluman lanjut. 

Keputusan Suhakam itu berikutan surat daripada Ketua Polis Negara, Mohd Fuzi Harun kepada pengerusi Suhakam, mengatakan bahawa polis telah mendakwa seorang lelaki dalam penculikan Koh.

Fuzi telah berkata bahawa di bawah Seksyen 12(3) Akta Suhakam 1999, Suhakam perlu berhenti serta-merta sesuatu inkuiri jika dakwaan yang sedang disiasat menjadi subjek mana-mana prosiding di mahkamah.  

(Diterjemah daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "CFM Calls For Prayer Ahead Of Pastor Koh's Abduction Anniversary" bertarikh 2 Februari 2018)