Jumaat, 20 Julai 2018

App Alkitab YouVersion Mencapai 330 Juta Gajet, Menawarkan 1,700 Versi Alkitab Pada Ulang Tahunnya Yang Ke-10


YouVersion menandakan ulang tahun ke-10 aplikasi Alkitabnya, yang dikatakannya telah dimuat turun kepada lebih 330 juta gajet di sekeliling dunia. 

Sejal pelancarannya pada 10 Julai 2008 oleh Life.Church di Amerika Syarikat, 7 billion fasal Alkitab telah  dibaca, 12 billion fasal audio telah didengari, dan 2.4 billion hari dari rancangan pembacaan Alkitab telah diikuti. 

"Kami tidak akan pernah menjangka hasil yang kami lihat sambil berjuta-juta orang di sekeliling dunia telah membaca, mendengar, mengongsikan dan berinteraksi dengan Alkitab dan satu sama lain dengan cara-cara yang baharu," kata Bobby Gruenewald, pastor Life.Church, ketua inovasi dan pengasas YouVersion. 

"Dari awal lagi, kami dapati bahawa kedekatan telah membantu kami berhubungan dengan Alkitab. Sebaik sahaja saya mempunyai akses kepada Alkitab di telefon yang selalu ada dalam kocek saya, hubungan saya dengannya secara semulajadi menjadi lebih kerap."


Aplikasi ini telah melihat pertumbuhan yang amat besar. Pada 2008, ianya menawarkan 15 versi dan hanya dua bahasa untuk Alkitab. Tetapi melalui kerjasamanya dengan persatuan-persatuan Alkitab, ianya kini mempunyai 1,700 versi Alkitab dalam lebih daripada 1,200 bahasa. 

Aplikasi popular ini telah terus dikemaskini dengan inovasi telefon pintar dan telah memperkenalkan cara-cara baharu untuk Alkitab menjangkau orang dalam kehidupan harian mereka, umpamanya melalui notifikasi ayat harian, peringatan untuk bacaan, rekod pembacaan, dan banyak lagi ciri-ciri untuk menggalakkan pembacaan Alkitab. 

"10 tahun yang terakhir ini adalah lebih daripada apa yang kami dapat pinta, fikir, atau bayangkan dan kami percaya ini hanyalah permulaannya," kata Gruenewald.

"Sambil kami memandang ke hadapan, kami teruja dengan cara-cara baharu Tuhan sedang gunakan teknologi untuk membantu orang mengadakan lebih lagi hubungan di antara Alkitab dan hidup seharian mereka."

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel The Christian Post bertajuk, "YouVersion Bible App Reaches 330M Devices, Offers 1,700 Different Bible Versions On 10th Anniversary" yang ditulis oleh Stoyan Zaimov bertarikh 10 Julai 2018)