Isnin, 20 Ogos 2018

Dia Tahu, Album Maria Shandi Yang Begitu Peribadi Dan Istimewa


Dia Tahu adalah album terbaru Maria Shandi yang telah dilancarkan pada Disember 2015 lalu. Bagi gadis kelahiran Jakarta, 20 November 1988 ini, album Dia Tahu adalah projek kerja yang begitu istimewa kerana dia mencuba untuk ikut terlibat penuh dalam penggarapan album mulai dari awal hingga detik-detik terakhir album ini siap dilancarkan.

Album yang terdiri dari 10 lagu ini menggambarkan tentang perjalanan hidup kekristianan Maria Shandi secara peribadi, mulai dari pengenalan akan Tuhan dan perjalanan cintanya yang semakin tumbuh dari waktu ke waktu kepada Tuhan. Dia cuba mengemas album ini sebagai sebuah gambaran mengenai Maria Shandi yang seperti saat ini; lebih dewasa dalam kerohanian.

“Album ini adalah pengalaman pertama terlibat langsung, dari proses awal pembuatan sampai selesai, dari konsep muzik, dari bahan lagu, video klip, sampai ke mixing dan mastering juga. Cukup menguras tenaga, tapi saya sangat bersyukur dan merupakan suatu anugerah dan kehormatan kalau saya dapat melakukan sesuatu untuk Tuhan melalui album ini,” ucap Maria Shandi.

Untuk itulah, Maria berusaha untuk jujur mengungkapkan isi hatinya menerusi lagu-lagu yang diciptakan dan dinyanyikannya sendiri. Single pertama, Dia Tahu adalah lagu yang ditulis, dinyanyikan dan dilakoni Maria sendiri dalam video klipnya. Lagu ini merupakan sebuah motivasi hidup yang mengingatkan pendengarnya bahwa hidup ini adalah sebuah pertandingan yang garis akhirnya adalah kembali kepada rancangan Tuhan yang semula. Sehingga kita layak untuk tinggal bersama dengan Tuhan sampai selamanya.



Menerusi album ini, Maria Shandi berpesan agar setiap pendengarnya tidak menyerah, melainkan terus fokus pada tujuan utama iaitu menyelesaikan pertandingan hidup hingga akhir hayat. “Melalui album ini, dapat mengingatkan setiap kita bahawa dunia ini bukan milik kita dan kita hanya sementara tinggal di sini. Jadi, dunia ini adalah sekolah kehidupan yang mempersiapkan kita untuk kehidupan yang akan datang setelah kita menutup mata nanti,” terangnya.

Semoga menerusi lagu-lagu yang sudah ditulis dan dinyanyikan gadis cantik bersuara merdu ini boleh memberkati dan memotivasi para pendengarnya untuk terus berlari mengejar kehidupan kekal yang dijanjikan Tuhan.

Berikut daftar lagu-lagu dalam album ‘Dia Tahu’:

Great Is Thy Faithfulness
Dia Tahu
Berjuta Syukur
Kau Menyempurnakan Hidupku
Kuberseru
Kumiliki Segalanya
Kunanti KedatanganMu
Melekat
Kau Selalu Ada

(Dialihbahasakan daripada artikel Jawaban.com bertajuk, "Dia Tahu, Album Maria Shandi Yang Begitu Personal Dan Spesial" yang ditulis oleh Lori Mora bertarikh 25 Mac 2016)