Ahad, 28 April 2024

Scottie Sheffler Berkata Kemenangannya Di Master's 2024 Tidak Merupakan Identiti Hidupnya, Tetapi Tuhan Yang Menentukannya

Scottie Sheffler menjulang trofi Master's 2024

Pemain golf No. 1 di dunia, Scottie Sheffler memberitahu dia berada di persimpangan jalan beberapa jam sebelum kejohanan Master's 2024. 

Pemain berusia 27 tahun itu berkata kerana dia sedang mendahului dalam pusingan akhir pertandingan, itu telah meletakkan tekanan ke atasnya dan menjadikannya terlalu tertekan.

Dalam satu sidang akhbar selepas pertandingan.Sheffler memberitahu para wartawan. "Saya sedang duduk dengan kawan-kawan saya pagi ini, saya merasa tertekan, saya memberitahu mereka, 'Kalaulah saya tidak begitu ingin sekali menang, saya fikir itu akan membuat pagi hari lebih menyenangkan.'"

Dia menneruskan, "Tapi saya suka menang. Saya benci kalah. Saya benar-benar begitu. Dan ketika saya berada di sini pada waktu-waktu seperti ini, ketika saya mendahului kejohanan pada hari Ahad, saya benar-benar teramat ingin menang." 

Nasihat daripada kawan-kawannya telah menolong jaguh itu untuk menyerahkan pertandingan itu daripada tangannya ke dalam tangan Tuhan. 

"Kawan-kawan saya memberitahu saya pagi ini, kemenangan saya sudah terjamin di atas kayu salib. Dan itu adalah suatu perasaan yang paling istimewa untuk mengetahui bahawa saya terjamin untuk selamanya, dan tidak kisahlah jika saya memenangi pertandingan ini atau kalah pertandingan itu. Identiti saya adalah terjamin selamanya," dia berkongsi, sambil merujuk kepada kemenangan rohani keselamatan menerusi Kristus.

Scheffler menghampiri padang dengan keyakinan dan meninggalkan padang sebagai juara Master's untuk kali kedua dalam karirnya. 

(Diterjemahkan daripada artikel Facebook CBN News bertarikh 17 April 2024)