Ahad, 8 Disember 2024

Katedral Notre-Dame di Paris Bangkit Semula Dari Abu Dengan Pembukaan Semula, Lima Tahun Selepas Kebakaran


PARIS - Lima tahun selepas orang ramai menangis sambil mereka menyaksikan suatu kebakaran besar merebak melalui Katedral Notre-Dame, bangunan yang ikonik di Paris dan memusnahkan siling kayu dan puncak menaranya, mercu tanda zaman pertengahan yang bersejarah itu akan membuka kembali pintu-pintunya pada hujung minggu ini yang penuh perayaan dan istiadat.

Dikenali di Perancis sebagai "la fleche," atau anak panah, suatu puncak menara yang telah dibina semula kini terdiri megah di atas karya agung Gothic yang telah dibaik pulih dengan hebat, dengan sebahagian daripada kerja-kerja pemulihan telah diselesaikan dalam hanya lima tahun ke atas bangunan yang asalnya telah mengambil hampir dua kurun untuk dibina.


"Ianya cantik," warga Paris, Tom Renaud memberitahu NBC News sambil dia mengagumi katedral yang telah dibaik pulih pada hari Jumaat, sehari sebelum pintu-pintu bangunan zaman pertengahan itu secara rasmi dibuka semula untuk kali pertama sejak kebakaran memusnahkannya pada 15 April 2019.

"Ianya adalah simbol Perancis bagi semua warga Paris," tambah Renaud, 30 tahun, sambil dia dan isterinya memerhatikan. Dengan begitu ramai peminat di sekeliling dunia, dia kata pembangunan semula itu terasa "penting bagi semua orang."

Bukan hanya pasangan itu yang sedang memerhati dan menikmati Notre-Dame, bahasa Peranis untuk "Our Lady." Berpuluh-puluh orang sedang berjalan di sekitar tapak itu sambil polis mengawasi dan penghadang dibina sambil persiapan semakin mantap untuk acara pembukaan semula.


Beratus-ratus orang dijangka akan turun ke L'ile de la Cite untuk sambutan yang juga akan dihadiri oleh isteri Presiden Amerika, Jill Biden, Putera William dari Britain dan bakal Presiden Donald Trump, yang akan mmbuat lawatan pertama ke luar negara sejak memenangi pilihanraya pada bulan November.

Di bawah jendela bercorak dan di sebelah mural-mural yang telah dibaik pulih ke warna asal yang gemilang, mereka akan disertai oleh hampir 50 ketua negara dan tokoh-tokoh di kebaktian "kebangunan semula" untuk katedral yang berusia berkurun-kurun itu.

Bishop Besar Paris, Laurent Ulrich akan mengetuai kebaktian itu, berikutan kata-kata ucapan daripada Presiden Emmanuel Macron, yang sebelumnya telah berhadapan dengan olokan sehari selepas kebakaran itu apabila dia berjanji untuk membina semula katedral itu dan melihat katedral itu dibuka semula kepada orang awam pada 2024. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel NBC News bertajuk "Paris' Notre-Dame Cathedral Rises From the Ashes with Grand Reopening, Five Years On From Fire" yang ditulis oleh Chantal Da Silva betarikh 7 Disember 2024)