Rudy Hartono |
Rudy Hartono, bekas jaguh badminton dari Indonesia telah dinamakan sebagai Pahlawan Asia (Asian Hero) dalam majalah TIME pada tahun 2006. Majalah TIME merayakan edisi Asianya yang genap 60 tahun dengan membawa tema 60 Years of Asian Heroes (60 Tahun Pahlawan-Pahlawan Asia). Kisah pencapaian Hartono memenangi 8 Kejuaraan All-England (tujuh daripadanya secara berturut-turut antara 1968-1974, dan yang kelapan pada 1976) telah dimuatkan dalam majalah mingguan itu. Rekod kemenangan Hartono sebanyak lapan kali dalam perseorangan lelaki All-England masih tidak disaingi sehingga kini.
Petikan yang berikut ini diterjemahkan daripada artikel majalah TIME (2006);
Dengan rakyat seluruh negara menyaksikannya, Hartono telah menewaskan Tan Aik Huang dari Malaysia untuk membawa kembali gelaran All-England ke Indonesia. Kemenangan ini memberangsangkan seluruh negara. "Aku masih ingat mengikuti perlawanan itu melalui radio pada waktu aku masih usia muda di Jawa Tengah." ingat Clara Joewono, seorang pengarah di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Jakarta. "Setelah dia menang, semua anak-anak di Pekalongan meluru keluar ke jalan raya dengan raket mereka." (TIME, 2006)
Petikan berikut ini adalah daripada artikel, "Rudy Hartono Kurniawan: Kunci Sukses 'Berdoa' " ;
Ramai orang ingin tahu kunci keberhasilannya. Rudy menjawab, "Berdoa." Dengan berdoa, Rudy memperkuat fikiran dan iman. Berdoa tidak hanya sebelum bertanding, tetapi juga selama bertanding. Itu melibatkan kata-kata atau ekspresi yang akan membangkitkan percaya diri dalam hati dan fikiran.
Rudy Hartono memenangi 8 Kejuaraan All-England dan dengan pasukan Indonesia memenangi 4 Piala Thomas |
Untuk setiap poin yang ia peroleh selama bertanding, ia ucapkan terima kasih kepada Tuhan, "Terima kasih Tuhan untuk poin ini." Dia terus kata seperti itu hingga skor terakhir dan pertandingan berakhir. Ia mengatakan kebiasaannya ini dalam biografinya yang diedit oleh Alois A. Nugroho. Ia percaya bahwa manusia berusaha namun Tuhan yang memutuskan.
Berikut ini pula Rudy mengisahkan bagaimana dia telah menemukan rahsia kejayaannya (diterjemahkan daripada artikel The Star bertarikh 22 Oktober 2004);
"Pada waktu itu, aku adalah seorang yang mengikuti gereja setahun sekali semasa Krismas. Pada waktu itu, aku berumur 18 tahun dan bertanding untuk pertama kali dalam All-England. Tuhan melakukan mukjizat buatku.
"Pada malam sebelum perlawanan akhir menentang seorang juara All-England, Tan Aik Huang, aku berasa resah dan tidak dapat tidur. Aku tergerak untuk berdoa. Pada hari perlawanan, aku masih kurang keyakinan dan berdoa untuk setiap poin. Dan mukjizatpun terjadi," katanya mengenai kemenangan All-Englandnya yang pertama.
Berikut ini suatu kisah menarik kemenangan Rudy di separuh akhir All-England;
Pada suatu kejuaraan All-England, Rudy Hartono berhadapan dengan Sture Johnson, juara Eropah yang berasal dari Sweden yang sedang pada puncak kehebatannya. Situasi semifinal benar-benar kritikal bagi Rudy. Pada set pertama Sture Johnson menang 15-4 dan set kedua ia sudah mendahului 14-0. Semua pendengar RRI dan penonton TVRI benar-benar tertekan, satu angka lagi habislah Rudy Hartono.
Tiba-tiba Rudy Hartono memenangi kembali servis. "Aku ingin satu angka saja," kata Rudy Hartono ketika memulai servis yang melambung ke belakang. Sture mencuba membalas ke belakang tetapi gagal. Satu angka buat Rudy.
"Aku ingin satu angka lagi," kata Rudy yang pulih kepercayaannya dan terjadilah 2-14, 3-14, dan Rudy menyamakan kedudukan 14-14, sehingga membuat Sture Johnson kehilangan kepercayaan. Set kedua dimenangi oleh Rudy 17-14.
Set ketiga, Rudy lagi-lagi menyatakan, "Aku ingin satu angka lagi.... Aku ingin satu angka lagi," dan set ketiga berakhir dengan 15-0 untuk Rudy Hartono. Dia pun maju ke Final melawan finalis dari Denmark, Svend Pri. Di finalpun Rudy menewaskan Svend Pri dan kembali dengan sambutan meriah di Jakarta dengan All-Englandnya.
"Jika melawan Rudy, sebelum angka 15, belum menang," begitulah ujar Punch Gunalan, seorang pemain badminton Malaysia.
(Nota: Poin kemenangan untuk badminton pada ketika itu adalah 15 poin. Sejak 2006, Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) telah mengubah kepada sistem 21 poin untuk kemenangan)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut ini suatu kisah menarik kemenangan Rudy di separuh akhir All-England;
"Aku ingin satu angka saja..." |
"Aku ingin satu angka lagi," kata Rudy yang pulih kepercayaannya dan terjadilah 2-14, 3-14, dan Rudy menyamakan kedudukan 14-14, sehingga membuat Sture Johnson kehilangan kepercayaan. Set kedua dimenangi oleh Rudy 17-14.
Set ketiga, Rudy lagi-lagi menyatakan, "Aku ingin satu angka lagi.... Aku ingin satu angka lagi," dan set ketiga berakhir dengan 15-0 untuk Rudy Hartono. Dia pun maju ke Final melawan finalis dari Denmark, Svend Pri. Di finalpun Rudy menewaskan Svend Pri dan kembali dengan sambutan meriah di Jakarta dengan All-Englandnya.
"Jika melawan Rudy, sebelum angka 15, belum menang," begitulah ujar Punch Gunalan, seorang pemain badminton Malaysia.
(Nota: Poin kemenangan untuk badminton pada ketika itu adalah 15 poin. Sejak 2006, Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) telah mengubah kepada sistem 21 poin untuk kemenangan)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kejohanan All-England merupakan salah satu pertandingan badminton yang tertua dan paling berprestij di dunia. Ianya dianggap sebagai "Kejohanan Badminton Dunia secara tidak rasmi" sehinggalah 1977 apabila Persekutuan Badminton Dunia (IBF) melancarkan kejohanan dunia rasminya buat pertama kali. Berikut adalah keputusan Perlawanan Akhir Perseorangan Lelaki All-England pada zaman kegemilangan Rudy Hartono;