Rabu, 24 Ogos 2011

Kesaksian Brani Duyon (Bahagian 2): "Enam Pesanan Tuhan"

Brani Duyon bersama isterinya

Berikut ini ialah sambungan kesaksian Brani Duyon...

Malaikat itu berkata “Tuhan, saya ada pergi ke rumahnya di dunia ketika dia ini sakit, tetapi Engkau lebih mengetahuinya.” Lalu Yesus berkata “Ya, Aku mendengar dan melihat tentang dia dan apa yang berlaku ketika itu,” kata Yesus. Kata Malaikat itu lagi, ”Pada masa itu, saya telah mendengar isterinya berdoa meminta pertolongan Mu Tuhan.” “Dalam doa isterinya: ‘Tuhan tolonglah kami, janganlah panggil dia buat masa ini, kerana kami benar-benar belum bersedia untuk ditinggalkannya’ begitulah doa isterinya,Tuhan,” kata Malaikat.
“Aku tahu segalanya. isterinya seorang yang takut akan Aku, dan seorang yang setia mengikut Aku dan tekun berdoa pada-Ku.” Jelas Yesus. Dan sekali lagi jiwaku menangis kerana teringat dengan kesetiaan iman isteriku ketika itu, sedangkan mereka di dunia dan saya berada di Syurga pada ketika itu.
Kemudian Tuhan berkata lagi, “Anak-ku, engkau akan kembali lagi ke dunia, sebab masa kamu untuk datang ke sini belum tiba lagi, banyak pekerjaan-Ku yang perlu engkau lakukan bila engkau kembali ke sana, engkau akan sangat sibuk untuk melayani bagi-Ku,” kata Yesus. Lalu saya menjawab, “Tuhan, tolonglah, jangan suruh saya kembali ke dunia, kerana jiwa saya tenang bersama-Mu di sini, saya damai di sini berada dekat dengan-Mu Tuhan, janganlah suruh saya kembali.”
Tetapi waktu itu, saya melihat wajah Yesus menjadi sedih kerana saya membantah-Nya. Dan kerana wajahnya yang kecewa, lalu saya mohon keampunan kerana menyakiti hati-Nya. Lalu saya katakan, “Tuhan, saya sedia untuk balik ke dunia, tetapi tolonglah saya Tuhan apabila sampai di sana, berikanlah saya kekuatan, peliharalah saya di manapun saya berada, sertailah saya Tuhan.”
Dan Tuhan menjawab, ”Ya, jangan bimbang, di mana pun engkau berada melakukan pekerjaan-pekerjaan-Ku, Aku akan sentiasa menyertai kamu.” Pada masa itu, Malaikat telah pun siap sedia untuk menghantar saya untuk kembali ke dunia.
Tetapi sebelum kembali, Yesus memberikan saya beberapa pesan dan menyuruh saya untuk memberitahu pesan ini kepada semua anak-anak Tuhan di Bumi. “Pesan ini SANGAT PENTING untuk mereka ketahui,” tegas Yesus. Kemudian Yesus katakan lagi, bahawa saya akan sibuk untuk bekerja bagi Dia untuk menyampaikan pesan penting ini. Saya juga diminta-Nya untuk menyampaikan segala sesuatu pengalaman saya kepada semua anak Tuhan,supaya mereka juga diberkati dan mendapat kekuatan baru mengikut Yesus.
Kata Yesus, “Apabila engkau kembali kembali ke Bumi beritahu kepada semua anak-anak Ku pesan ini”
(Ada ENAM PESAN yang Tuhan Yesus telah berikan kepada saya.) Pesanan ini adalah seperti berikut:-
PESAN PERTAMA :
“Beritahu anak-anak-Ku, Hendaklah mereka percaya sungguh-sungguh dengan segenap hati, segenap kekuatan dan segenap akal budi. Orang yang bimbang dan ragu langsung tidak sampai ke sini (syurga).” kata Tuhan Yesus
PESAN KEDUA:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka setia datang dalam kebaktian kerana di situlah Aku akan menyinari wajah mereka dan di situlah mereka akan mencari wajah Ku. Hati-Ku sangat gembira melihat anak-anak-Ku, berada dalam gereja pada waktu kebaktian.” kata Tuhan Yesus
PESAN KETIGA:
“Beritahu anak-anak-Ku, hendaklah mereka setia berdoa, setia melakukan perintah-perintah-Ku dan tinggal tetap dalam Firman Ku.” kata Tuhan Yesus
PESAN KEEMPAT:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka setia memberi Persepuluhan dan memberi Persembahan Khusus.” kata Tuhan Yesus
Pada ketika Tuhan Yesus menyebutkan Pesan Keempat ini, Dia berkata “Anak Ku, lihat di sana,” Dia menunjukkan kepada saya Rumah-Rumah yang sungguh cantik yang sudah siap bagi anak-anak-Nya. “Anak-Ku, rumah-rumah ini Aku sediakan bagi semua Anak-Anak-Ku yang percaya dan taat kepada-Ku.”
Rumah Yang Belum Siap (Gambar Hiasan)
Kemudian Yesus menunjukkan saya rumah-rumah yang belum siap dan belum lengkap. Saya bertanya “Tuhan, kenapa banyak rumah-rumah di sini yang belum siap?” Yesus menjawab “Anak-Ku, rumah ini adalah kepunyaan anak-Ku yang berat tangan memberi Wang Perpuluhan dan Wang Persembahan. Namun rumah ini hanya akan siap apabila mereka sedia memberi lebih lagi Perpuluhan dan Persembahan di dalam Rumah-Ku," kata Tuhan Yesus.
PESAN KELIMA:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka menyerahkan kepada-Ku dalam doa semua harta-harta, keberadaan mereka sewaktu hidup di Bumi supaya Aku melindunginya dan memberkatinya. Ini adalah kerana apabila Aku datang kedua kali nanti janganlah mereka terikat dengan kekayaan di dunia. Ingat apa yang terjadi dengan Isteri Lot.” kata Tuhan Yesus.
PESAN KEENAM:
“Beritahu anak-anak-Ku, hendaklah mereka berjaga-jaga dan bersedia kerana Aku akan datang SEGERA. Cepat dari yang disangkakan!.” kata Tuhan Yesus
( Kedatangan Tuhan Yesus tidak diketahui, tetapi Pengangkatan pasti akan terjadi. Tuhan Yesus akan datang tidak lama lagi!!!)
Pada ketika Yesus menjelaskan pesan yang ke-6, iaitu masa kedatangan-Nya, Yesus memperlihatkan kepada saya keadaan langit yang cerah, tidak ada awan dan kelihatan Yesus dengan tangan-Nya terbuka ke Bumi dengan suara “Aku siap menanti anak-anak-Ku.”
Kemudian ketika itu saya terlihat ramai orang berjubah putih berterbangan naik ke langit menuju ke tempat Yesus dan mereka dikumpulkan pada satu tempat. Banyak keluarga Kristian yang percaya terangkat naik, ramai juga yang sekeluarga naik sekaligus. Kelihatan sumi-isteri dengan anak-anak mereka terus naik menuju ke tempat Yesus. Hati saya sungguh damai dengan penglihatan ini.
Kemudian Yesus berkata, “Lihatlah ke bawah” Yesus menunjukkan saya penglihatan keadaan di bumi melalui Teropong Ajaib. Apabila saya tunduk melihat melalui teropong itu saya ternampak keadaan kacau-bilau, keadaan tidak aman di dunia ketika itu. Kelihatan ramai berlarian, berteriakan, ibubapa mencari anak-anaknya, anak-anak remaja mencari ibubapa mereka. Kemudian Tuhan memperlihatkan keadaan Gereja di tempat saya, dan saya sungguh sedih masih ada yang tidak terangkat.
Di akhirnya Tuhan Yesus berkata kepada saya “Setialah mengikuti-Ku. Apapun yang engkau telah lihat dan dengar hendaklah engkau sampaikan kepada anak-anak-Ku di Bumi”.
Selepas itu Malaikat itu menghantar saya kembali ke Bumi dengan menaiki kuda yang sama. Kami sampai ke Bumi sangat cepat sekali. Malaikat itu menghantar saya masuk ke Hospital dan saya terlihat tubuh duniawi saya dan ketika itu juga saya tidak melihat lagi tubuh roh saya semasa naik ke syurga.

Brani Duyon bersama keluarganya
Ketika saya sedar dengan tubuh nyata di bumi saya sudah merasakan sudah sembuh sepenuhnya. Puji Tuhan kerana kuasa dan penyertaan Tuhan Yesus.

Pada ketika saya di syurga keadaan tubuh saya menjadi muda semula seperti remaja berbanding tubuh saya sekarang ini di bumi.
Setakat inilah kesaksian saya bersama Tuhan Yesus di Syurga.

(Transkripsi & Terjemahan dari VCD kesaksian oleh Alfred Chia dan Ryan LG )

Baca juga Kesaksian Brani Duyon (Bahagian 1): "Aku Dibawa Ke Syurga!"
Baca juga Syurga Itu Nyata (Mimpi Seorang Anak)