Pada 24 Disember 1818, lagu karol “Stille Nacht! Hellige Nacht” (Malam Kudus/Silent Night) telah diperdengarkan buat pertama kali di sebuah gereja kampung di Oberndorf, Austria. Lagu karol itu telah menjadi antara karol paling popular di seluruh dunia...
Jemaat yang hadir pada Kebaktian Tengah Malam di Gereja St. Nicholas mendengar sambil suara-suara pembantu paderi, Fr. Joseph Mohr, dan pengarah koir, Franz Xaver Guber, berkumandang di gereja dengan diiringi gitar Fr. Mohr. Pada setiap enam rangkap, koir mengulangi dua baris terakhir dalam suara harmoni empat bahagian.
Jemaat yang hadir pada Kebaktian Tengah Malam di Gereja St. Nicholas mendengar sambil suara-suara pembantu paderi, Fr. Joseph Mohr, dan pengarah koir, Franz Xaver Guber, berkumandang di gereja dengan diiringi gitar Fr. Mohr. Pada setiap enam rangkap, koir mengulangi dua baris terakhir dalam suara harmoni empat bahagian.
Pada Malam Krismas itu, sebuah lagu telah dilahirkan yang akan mendapat tempat di hati manusia di seluruh dunia. Sekarang telah diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa, ianya dinyanyikan oleh berjuta-juta orang yang tidak terkira dari gereja-gereja kecil di banjaran Andes kepada gereja-gereja kathedral di Antwerp dan Rome.
Senikata Jerman untuk enam rangkap asli karol yang kita kenal sebagai “Malam Kudus” (Silent Night) telah ditulis oleh Joseph Mohr pada 1816, semasa dia seorang paderi muda yang ditugaskan ke sebuah gereja di Mariapfarr, Austria. Datuknya tinggal berdekatan, dan adalah mudah untuk membayangkan bahawa dia mungkin telah memikirkan senikata lagu itu sementara berjalan di kawasan perkampungan untuk melawat datuknya. Tetapi faktanya, kita tidak tahu langsung adanya apa-apa peristiwa tertentu yang telah mengilhamkan Joseph Mohr untuk mengarang puisinya tentang kelahiran bayi Kristus. Begitupun, kita bermujur, dia tidak lupa membawa puisinya itu apabila dia telah dipindahkan ke Oberdorf pada tahun berikutnya (1817).
Franz Gruber |
Komposer Muziknya: Franz Gruber
Pada 24 Disember 1818, Joseph Mohr berjalan kaki ke rumah seorang guru sekolah yang juga pemuzik, Franz Gruber yang tinggal di apartmen di atas bangunan sekolah di kampung berhampiran, Arnsdorf. Dia menunjukkan kawannya puisi itu dan memintanya menambahkan melodi dan iringan gitar supaya ianya boleh dinyanyikan pada Kebaktian Tengah Malam. Sebabnya untuk mendapatkan lagu karol yang baru tidak diketahui. Ada yang berandaian bahawa organ gereja sudah rosak; ada yang berpendapat bahawa pembantu paderi itu, yang sangat gemar muzik gitar, hanya sekadar mahu mendapatkan lagu karol baru untuk Krismas.
Pada malam itu kemudiannya, sambil dua orang itu, yang diringi koir, berdiri di depan mimbar utama di Gereja St. Nicholas dan menyanyikan “Stille Nacht! Heilige Nacht” untuk pertama kalinya, mereka langsung tidak dapat menjangkakan kesan karya mereka ke atas dunia.
Lagu “Stille Nacht! Hellige Nacht” Mula Tersebar
Karl Mauracher, seorang pakar pembuat dan pembaik-pulih organ dari Lembah Ziller, telah ke Oberndorf untuk membaiki organ gereja itu beberapa kali pada tahun-tahun berikutnya. Semasa melakukan kerjanya di St. Nicholas, dia telah mendapatkan satu salinan karya itu dan membawanya pulang bersamanya. Dengan itu, lagu karol yang sederhana itu, memulakan jelajahnya keliling dunia sebagai sebuah “Lagu Rakyat Daerah Tyrolean.”
Penyanyi-penyanyi Keluarga Strasser |
Dua keluarga penyanyi lagu rakyat dari Lembah Ziller yang menjelajah, yang sepertinya Penyanyi Keluarga Trapp yang terkenal dengan “The Sound of Music”, telah menambahkan lagu ini dalam senarai nyanyian mereka. Menurut Leipziger Tageblatt, Keluarga Strassers menyanyikan lagu itu di sebuah konsert di Leipzig pada Disember 1832. Pada jangka masa ini juga, beberapa nota muziknya telah diubah, dan karol itu beralih menjadi melodi yang kita kenal hari ini.
Pada ketika yang lain, mengikut satu batu peringatan bersejarah, Keluarga Rainer telah menyanyikan karol Krismas ini di hadapan para hadirin yang juga termasuk Maharaja Franz I dan Maharaja Tsar Alexander I. Pada tahun 1839, Keluarga Rainer telah mempersembahkan “Stille Nacht” untuk pertama kalinya di Amerika, dekat Tugu Alexander Hamilton di luar Gereja Trinity di Bandaraya New York.
Pada ketika yang lain, mengikut satu batu peringatan bersejarah, Keluarga Rainer telah menyanyikan karol Krismas ini di hadapan para hadirin yang juga termasuk Maharaja Franz I dan Maharaja Tsar Alexander I. Pada tahun 1839, Keluarga Rainer telah mempersembahkan “Stille Nacht” untuk pertama kalinya di Amerika, dekat Tugu Alexander Hamilton di luar Gereja Trinity di Bandaraya New York.
Joseph Bletzacher, penyanyi Opera Di Raja dari Hanover, melaporkan pada tahun-tahun 1840an, lagu itu sudah terkenal di Lower Saxony. “Di Berlin,” katanya. “Koir Kathedral Di Raja terutamanya telah mempopularkannya. Lagu itu menjadi karol Krismas kegemaran King Frederick William IV dari Prussia yang sangat menghayati seni, dan yang selalu mengkehendaki Koir Kathedral menyanyikan lagu itu untuknya pada musim Krismas setiap tahun.”
Penulis dan Komposer Lagu Dikenalpasti
Pada masa lagu itu telah menjadi terkenal di seluruh Eropah, Joseph Mohr sudahpun meninggal dunia dan komposernya tidak diketahui. Walaupun Franz Gruber telah menulis kepada pihak berkuasa muzik di Berlin menyatakan bahawa dialah komposernya, melodi itu telah diandaikan sebagai karya Haydn, Mozart atau Beethoven pada beberapa ketika dan pendapat seperti ini berlanjutan hinggalah ke abad ke duapuluh. Kontroversi ini berakhir beberapa tahun yang lalu apabila suatu gubahan muzik “Stille Nacht” yang sudah lama hilang dalam tulisan tangan Joseph Mohr telah disahkan tulen. Pada sudut atas sebelah kanan gubahan itu, Mohr telah menulis “Melodie von Fr. Xav. Gruber.”
Gubahan muzik (sekitar 1820) dalam tulisan tangan Joseph Mohr dengan nama Franz Gruber tercatit sebagai komposer muziknya |
Semasa hayatnya, Franz Xaver Gruber telah menghasilkan beberapa gubahan orkestra untuk karyanya. Gubahan gitar yang asli sudahpun hilang, tetapi lima lagi manuskrip Gruber untuk karol itu masih wujud. Manuskrip oleh Joseph Mohr (bertarikh lebih kurang 1820) adalah untuk iringan gitar dan berkemungkinan paling rapat kepada gubahan dan melodi yang telah dinyanyikan pada Kebaktian Tengah Malam pada 1818.
Gitar milik Joseph Mohr kini dipamerkan di muzium |
Kemudiannya pada usia lebih lanjut, keluarga Gruber telah berpindah ke Hallein, sekarang merupakan tapak Muzium Franz Xaver Gruber. Ianya mengandungi beberapa bilik berhias bekas rumahnya bersama dengan beberapa pameran khas mengenai sejarah “Malam Kudus” (Silent Night), termasuk gitar milik Joseph Mohr. Kubur Gruber berada di luar kediaman itu dan dihiaskan dengan pohon Krismas pada bulan Disember.
Tempat perhentian terakhir Fr. Joseph Mohr ialah di sebuah tempat peranginan kecil luncur salji di pergunungan Alp bernama Wagrain pada 1848, di mana dia telah ditugaskan sebagai paderi di gereja. Dia telah mendermakan kesemua pendapatannya untuk penjagaan warga tua dan pendidikan anak-anak di kawasan itu. Penyelia St. Johann, dalam laporan kepada bishop, menggambarkan Mohr sebagai “seorang kawan setia kemanusiaan, terhadap orang-orang miskin, seorang bapa yang lembut dan menolong."
Tempat perhentian terakhir Fr. Joseph Mohr ialah di sebuah tempat peranginan kecil luncur salji di pergunungan Alp bernama Wagrain pada 1848, di mana dia telah ditugaskan sebagai paderi di gereja. Dia telah mendermakan kesemua pendapatannya untuk penjagaan warga tua dan pendidikan anak-anak di kawasan itu. Penyelia St. Johann, dalam laporan kepada bishop, menggambarkan Mohr sebagai “seorang kawan setia kemanusiaan, terhadap orang-orang miskin, seorang bapa yang lembut dan menolong."
Rumah Joseph Mohr terletak di Jalan Steingasse ini di Salzburg. |
Nampaknya Austria telah akhirnya menyedari bahawa khazanah kebangsaan mereka membawa kesan yang sangat bermakna di luar negara kelahirannya dan telah menjadi "Lagu Yang Kedengaran Di Sekeliling Dunia."
Kesimpulannya
Mungkin ini adalah sebahagian keajaiban "Malam Kudus" (Silent Night). Senikata yang telah mengalir dari pada imaginasi seorang paderi yang sangat sederhana orangnya. Muzik yang dikarang oleh seorang pemuzik yang tidak dikenali di luar kampungnya. Tiada orang yang terkemuka yang menyanyikannya sewaktu pengenalan lagu itu kepada dunia. Namun begitu, mesejnya yang berkuasa tentang damai syurgawi telah merentasi semua sempadan dan batasan bahasa, menawan hati manusia di seluruh tempat.
Silent night, holy night
All is calm, all is bright
Round yon Virgin Mother and Child
Holy Infant so tender and mild
Sleep in heavenly peace
Sleep in heavenly peace
Silent night, holy night!
Shepherds quake at the sight
Glories stream from heaven afar
Heavenly hosts sing Alleluia!
Christ, the Saviour is born
Christ, the Saviour is born
Silent night, holy night
Son of God, love's pure light
Radiant beams from Thy holy face
With the dawn of redeeming grace
Jesus, Lord, at Thy birth
Jesus, Lord, at Thy birth "
All is calm, all is bright
Round yon Virgin Mother and Child
Holy Infant so tender and mild
Sleep in heavenly peace
Sleep in heavenly peace
Silent night, holy night!
Shepherds quake at the sight
Glories stream from heaven afar
Heavenly hosts sing Alleluia!
Christ, the Saviour is born
Christ, the Saviour is born
Silent night, holy night
Son of God, love's pure light
Radiant beams from Thy holy face
With the dawn of redeeming grace
Jesus, Lord, at Thy birth
Jesus, Lord, at Thy birth "
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel "Silent Night: The Song Heard 'Round The World" oleh Bill Egan, sejarahwan Krismas)