Selasa, 3 Januari 2012

Tahukah Anda... Populasi Kristian Di Dunia (2010)?


Ada berapa ramai penganut agama Kristian di dunia? Menurut penyelidikan yang dilakukan di Amerika Syarikat yang diumumkan pada Isnin (19 Disember 2011), sepertiga penduduk bumi menganut agama Kristian iaitu seramai 2.18 bilion dari 6.9 bilion jumlah penduduk bumi.

“Orang Kristian juga tersebar secara geografi. Begitu tersebarnya, tak satupun benua atau kawasan yang boleh menganggap dirinya sebagai pusatnya orang Kristian,” demikian kata Pew Research Center organisasi yang melakukan penyelidikan tersebut.

Agama Kristian tersebar luas sekeliling dunia sejak 1910
dan merupakan agama yang bersifat global dengan
penganutnya yang tinggal di pelbagai kawasan dunia
("Americas" meliputi Amerika Utara & Amerika Selatan)

Fahaman Utama Kristian
Amerika Syarikat, Brazil dan Mexico memimpin daftar negara dengan jumlah terbesar penganut Kristian. Sementara Rusia, Filipina dan Nigeria, masing-masing  memiliki angka terbesar di benua  Eropah, Asia-Pasifik dan Afrika. Sebesar setengah dari penganut agama Kristian ini adalah penganut Katolik, sementara 36.7 peratus Protestan dan 11.9 peratus Ortodoks.

Ramainya jumlah umat Kristian secara kuantitatif juga harus diimbangi secara kualitatif. Perbezaan faham teologia yang ada dalam agama Kristian seharusnya tidak membuat umat Kristian terpecah, justeru harus saling melengkapi agar boleh menjadi sinergi yang memberi kesan positif di dunia. Semua umat Kristian harus mencontohi teladan hidup Kristus dan menjadi berkat bagi lingkungan sekitar mereka.

(Nota:  1 bilion = 1 ribu juta = 1,000,000,000)

(Dipetik dan diterjemah daripada Jawaban.com)


--------------------------------------------------------------

UPDATE 31 Disember 2012

Berikut ialah maklumat terbaru seperti yang dikeluarkan dalam laporan Pew Research Centre bertarikh 18 Disember 2012;


Taburan Penganut Kristian Mengikut Kawasan (Bagi Tahun 2010)




















Agama Kristian telah tersebar jauh daripada tempat asal bersejarahnya dan tersebar luas secara geografi. Sesungguhnya, majoriti orang Kristian (99%) tinggal di luar kawasan Timur Tengah-Afrika Utara di mana Kekristianan bermula. Bahagian terbesar dari populasi Kristian global adalah di Eropah (26%), diikuti rapat oleh Amerika Latin dan Karibean (24%), dan Afrika sub-Sahara (24%). Jumlah yang besar orang Kristian juga tinggal di Asia dan Pasifik (13%) dan Amerika Utara (12%). Kurang. 1% daripada populasi Kristian sedunia terdapat di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Di kalangan enam kawasan yang dianalisa dalam kajian ini, empat memiliki majoriti Kristian; Amerika Latin dan Karibean (90%), Amerika Utara (77%), Eropah (75%), dan Afrika sub-Sahara (63%). Orang Kristian adalah minoriti di kawasan Asia-Pasifik (7%) dan kawasan Timur Tengah-Afrika Utara (4%).


Populasi Kristian Dunia Mengikut Kawasan (2010)












10 negara dengan bilangan terbesar orang Kristian merupakan hampir hampir separuh (48%) daripada populasi global Kristian. Bahagian terbesar Kristian sedunia tinggal di Amerika Syarikat (11%), diikuti Brazil (8%), Mexico (5%), Rusia (5%), Filipina (4%), Nigeria (4%), China (3%), Republik Demokratik Kongo (3%), Jerman (3%) dan Ethiopia (2%).

Kebanyakan Kristian (87%) tinggal di negara-negara di mana penganut Kristian adalah majoriti. Daripada 232 negara dan wilayah yang termasuk dalam kajian ini, 157 memiliki majoriti Kristian. Bagaimanapun, kebanyakan negara majoriti Kristian memiliki populasi yang kecil secara bandingan: lebih kurang tujuh daripada sepuluh memiliki bilangan Kristian yang kurang daripada negara minoriti Kristian Vietnam (7 juta Kristian).


10 Negara dengan Bilangan Terbesar Penduduk Kristian (2010)