Album pertama Praise Valley "Father I Worship You" |
Pada Jun 2012, Praise Valley telah menerbitkan album pertamanya, "Father, I Worship You." Album pertama ini dengan cepat mendapat sambutan baik daripada umat Kristian dan gereja-gereja tempatan. Pada bulan lepas, team dari Kuching ini telah mengadakan konsert di sebuah gereja di Lembah Kelang. Aku sempat mengikuti konsert itu dan juga membeli album baru mereka di situ.
Berikut ini temuramah dengan Rhemedy Anthony Antong, salah seorang penulis lagu dan penyanyi dari team Praise Valley mengenai penglibatannya dalam album "Father, I Worship You."
Bagaimanakah anda terlibat dengan Praise Valley dan album "Father, I Worship You"?
Rhemedy Anthony |
Praise Valley sebenarnya boleh dikatakan satu komuniti gereja kami yang bernama SIB Praise Valley, dan di situlah nama team muzik itu dibentuk, juga dikenali dengan singkatannya PV. Saya juga sebahagian daripada gereja SIB Praise Valley, dan kami boleh dikatakan satu keluarga yang sudah lama bermain muzik dan bernyanyi, malahan ada penari juga. Kalau Praise Valley dijemput untuk melakukan konsert, kami memang akan datang beramai-ramai sebagai satu keluarga gereja. Kami sudah lama kenal satu sama lain dan "enjoy" lakukan pelayanan ini bersama-sama.
Album pertama ini kami namakan "Father, I Worship You" sebab kami ingin nyatakan bahawa album ini bukan mengenai siapa kami, siapa yang menyanyikan lagu ini, tetapi semuanya mengenai BAPA yang menciptakan segalanya, yang memberikan kami talenta dan bakat. Semua itu adalah anugerah Tuhan sehingga kami menamakan album ini "Father, I Worship You."
Bagaimanakah album ini telah dimulakan?
Album ini telah dimulakan pada bulan Mei 2011 yang lalu di mana kami bersama-sama seorang artis rohani dari Indonesia bernama Martin Sunardi, dari GMB Community yang membantu kami menghasilkan album ini. Dialah produser buat album pertama ini.
Apakah yang membawa kepada penghasilan album ini?
Semuanya kerana Anugerah Tuhan yang membimbing kami dengan memberi idea-idea muzik dan nyanyian yang menarik. Selain itu usaha kami siang dan malam, berkorban waktu dan tenaga untuk menghasilkan lagu-lagu yang indah dan memilih lagu yang sesuai buat album ini.
Juga usaha produser kami, Martin Sunardi yang datang dari Jakarta, mengajar dan menyampaikan idea buat kami. Dan usaha seorang peribadi yang telah menolong kami menghasilkan "album cover" yang kreatif dan mantap. Juga sokongan dari pastor, penatua dan jemaat gereja.
Siapakah orang-orang utama dalam penghasilan album ini?
Produser kami Martin Sunardi, banyak mengajar dan membimbing kami. Beliau juga mengemaskinikan lagu-lagu yang telah dicipta. Clarence Padan, yang merupakan Music Director, telah memberi idea muzik yang baru. Penulis lagu dan komposer seperti Martin Sunardi, Clarence Padan, Andersen Lani, Souisa Ding, Khosea Rining dan saya sendiri. Vocal Arranger kami, Souisa Ding, Pembuat Design CD, Joshua C. Andin. Juga Syarikat Achaia Group yang menaja kami dalam pelbagai hal.
Apakah lagu ciptaanmu dalam album ini yang anda paling gemari?

Sebahagian dari Team Praise Valley yang telah menghasilkan album (Sila klik di gambar untuk melihat imej yang lebih besar) |
Produser kami Martin Sunardi, banyak mengajar dan membimbing kami. Beliau juga mengemaskinikan lagu-lagu yang telah dicipta. Clarence Padan, yang merupakan Music Director, telah memberi idea muzik yang baru. Penulis lagu dan komposer seperti Martin Sunardi, Clarence Padan, Andersen Lani, Souisa Ding, Khosea Rining dan saya sendiri. Vocal Arranger kami, Souisa Ding, Pembuat Design CD, Joshua C. Andin. Juga Syarikat Achaia Group yang menaja kami dalam pelbagai hal.
Apakah lagu ciptaanmu dalam album ini yang anda paling gemari?
Judul lagu "Bersorak-sorai."
Mengapakah anda suka lagu itu? Apakah kisah di sebalik lagu itu?
Rhemedy Anthony - "Tuhan mencari penyembah-penyembah benar yang menyembah dalam roh & kebenaran" |
Selepas itu, pada keesokan hari, lagu itu muncul lagi di dalam tidurku, mungkin sekitar jam 3 pagi. Saya bangun dan kali ini jelas ada liriknya yang keluar namun tidak seberapa yang dapat saya tangkap. Yang saya dapat cuma kata-kata "Bersorak-sorailah" dan "dalam roh dan kebenaran."
Oleh itu, saya mulai serius untuk meneliti lagu ini di dalam Firman Tuhan. Saya menciptakan lagu ini berdasarkan melodi chorusnya yang saya dengar. Saya percaya apa yang Tuhan mahu sampaikan melalui lagu ini ialah Dia ingin mencari penyembah-penyembah yang benar yang menyembah dalam roh dan kebenaran (Yohanes 4:23-24).
Sedutan daripada beberapa lagu album "Father, I Worship You"
Terima kasih diucapkan kepada Sdr Rhemedy kerana sudi ditemuramah untuk artikel ini. Semoga Tuhan memberkati anda dan team Praise Valley dengan lebih banyak lagi lagu-lagu baru dan album kedua di masa hadapan.