Khamis, 1 November 2012

Kisah Di Sebalik Lagu "Every Time I Pray"




Ng Wah Lok
Lagu itu telah menyentuh jutaan orang di Asia. Penulisnya orang Malaysia, Ng Wah Lok telah menulis lagu "Every Time I Pray" dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1981. Setelah lagu itu diterjemahkan ke Bahasa Mandarin, lagu itu mendapat sambutan hangat di gereja-gereja Mandarin di Asia. Sejak waktu itu, lagu doa yang sangat berkuasa dan diurapi itu telah dibuat recording sekurang-kurangnya sepuluh kali dalam Bahasa Mandarin di Taiwan, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Kanada. Lagu itu akhirnya dibuat recording dan diterbitkan buat pertama kali dalam Bahasa Inggeris dalam album sulung Wah Lok pada 2001. Wah Lok, seorang bekas jurutera yang kini menjadi pastor dan pengetua Sekolah Alkitab menceritakan kisah di sebalik lagu itu...

Lagu "Every Time I Pray" telah ditulis pada tahun 1981 untuk kem gereja yang pertama Full Gospel Tabernacle (FGT). Pada waktu itu, FGT ialah gereja yang baru diasaskan, dengan hanya 30 ahli. Kebanyakan daripada ahli-ahli itu masih muda. Pemimpin-pemimpinnya pun masih muda pada masa itu. Pada pertemuan kami yang pertama, kami hanya dapat mengumpulkan beberapa ribu ringgit yang tidak mencukupi untuk membeli peralatan gereja. Aku masih ingat ketika itu kami miskin dan terpaksa duduk di lantai untuk beberapa pertemuan ibadah. Itulah latar belakang sewaktu lagu itu dituliskan.

Gereja Full Gospel Tabernacle (FGT)
telah diasaskan di Petaling Jaya
dengan 30 anggota pada 1981
- Gambar dari laman web FGT
"Every Time I Pray" adalah seruan kami memohon pertolongan daripada Tuhan. Itu mencerminkan iman kami dalam Tuhan bahawa Dia boleh menolong kami melalui semua kesukaran yang kami hadapi ketika itu. Kami percaya dalam doa. Gereja kami telah terbina melalui doa yang bersungguh-sungguh. Doa adalah acara penting dalam gereja kami dari dulu sampailah sekarang. Sebelum setiap keputusan penting diambil, kepimpinan selalu akan memanggil jemaat untuk berdoa untuk satu jangka masa.


Gereja Full Gospel Tabernacle sekarang

Pada hari ini, 25 tahun kemudian, FGT telah bertumbuh kepada hampir 700 ahli. Kami juga telah merintis lebih daripada 10 gereja di pelbagai tempat di Malaysia. Ramai daripada perintis asal sekarang sudah menjadi Pastor sepenuh masa. Doa tetap menjadi salah satu aktiviti utama gereja. Setiap pemimpin, pelayan, pemuzik, penyanyi dan sebagainya diwajibkan menhadiri Kebaktian Doa pada Jumaat dan pagi Ahad. Itu adalah kewajipan yang tidak boleh dirunding. Doa merupakan satu-satunya acara terpenting di gereja, itu masih menjadi kepercayaan paling asas kami.


Kulit depan CD "Every Time I Pray"
yang diterbitkan dalam Bahasa
Inggeris pada tahun 2001
(Tabernacle Music)
Beberapa recording lagu ini telah dilakukan di Taiwan, Hong Kong dan Amerika Syarikat dalam Bahasa Mandarin. Inilah recording pertama lagu ini dalam Bahasa Inggeris. Aku tidak tahu kenapa Tuhan telah memilih lagu ini sebagai lagu yang paling "popular" di antara 100 lagu yang telah kutulis. Aku hanya dapat mengagak ianya mungkin disebabkan lagu ini ditulis pada waktu di mana kami lemah dan bersungguh-sungguh mencari wajah Tuhan. Satu sebab yang lain mungkin Tuhan benar-benar mahu setiap kita untuk mengerti pentingnya doa seperti terkandung dalam senikata lagu itu.


(Dipetik dan diterjemah daripada artikel "Every Time I Pray - My Testimony" di laman Tabernacle Music  penulisan Ng Wah Lok bertarikh 17 Ogos 2007)