Tahukah anda terdapat 13 juta pengguna Facebook di Malaysia? Jumlah itu merupakan 46% daripada penduduk Malaysia seramai 29 juta orang, menurut sumber Socialbakers yang merupakan sebuah syarikat pemantau media sosial. Sementara itu, peratusan pengguna internet secara keseluruhan di Malaysia ialah 62% sehingga Januari tahun lepas. Socialbakers juga melaporkan bahawa 64% pengguna Facebook di Malaysia berumur antara 18 dan 34 tahun.
Berikut ini fakta-fakta tambahan mengenai penggunaan internet di Malaysia dipetik daripada artikel The Star bertarikh 17 Nov 2012;
Fakta-fakta menarik daripada artikel The Star bertarikh 17 Nov 2012 |
- Pengguna-pengguna internet itu secara purata menghabiskan hampir 20 jam seminggu online.
- 80% pengguna-pengguna internet Malaysia akan muat-turun (download) video setiap bulan, sementara 51% memiliki profail Youtube yang aktif
- Media sosial merangkumi bahagian terbesar waktu online bagi pengguna Malaysia pada 32.1%, diikuti oleh 11.5% untuk hiburan di internet.
- 87.9% orang Malaysia di internet akan melawat Facebook.
- 67% daripada video yang ditonton oleh pengguna Malaysia adalah daripada Youtube.
Apakah pandangan anda mengenai pelayanan menerusi media sosial seperti Facebook selepas membaca artikel ini?
(Sila klik "Like" atau "Send" jika anda suka artikel ini!)
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel di The Malaysian Insider bertarikh 19 Mac 2013, dan artikel laman SEO Consultant bertarikh 20 Nov 2012)