Khamis, 28 Mac 2013

Tahukah Anda... Populasi Kristian Di Malaysia Mengikut Kaum (2010)?



Maklumat daripada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia  yang beragama Kristian seramai 2.6 juta orang. Itu merupakan 9.2% daripada jumlah penduduk Malaysia yang seramai 28.3  juta orang.

Daripada jumlah 2.6 juta Kristian tersebut, didapati bahawa penganut Kristian paling ramai adalah di negeri Sarawak berjumlah 1 juta orang (42.6% daripada penduduk Sarawak) diikuti dengan Sabah seramai 853.7 ribu orang (26.6% daripada penduduk Sabah).

Bagi pecahan kaum di kalangan penganut Kristian di Malaysia pula, kaum Cina merupakan penganut Kristian paling ramai dengan 706.4 ribu orang, diikuti oleh kaum Iban dengan 544.3 ribu orang dan kaum Kadazandusun seramai 425.3 ribu orang.

Di tempat seterusnya ialah Bumiputera Lain seramai 335.8 ribu orang, diikuti oleh kaum Bidayuh seramai 161.6 ribu orang, kaum India seramai 114.2 ribu orang dan Murut seramai 82.1 ribu orang. 






Nota: Oleh kerana laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 hanya memberikan data mengenai kaum-kaum yang terbesar, dan menggolongkan bangsa-bangsa lain di bawah kategori Bumiputera Lain, maka kami tidak dapat berikan data terperinci mengenai bangsa-bangsa lain seperti Kelabit, Kenyah, Kayan, Lun Bawang, Lundayeh, Orang Sungai, Penan, Orang Asli (di Semenanjung) dan lain-lain lagi. Namun begitu bilangan orang Kristian dari bangsa-bangsa ini (tergolong di bawah Bumiputera Lain) adalah besar bila digabungkan - dengan bilangan seramai 335.8 ribu orang, menduduki tempat keempat dalam senarai ini selepas kaum Cina, Iban dan Kadazan.