Sabtu, 18 Mei 2013

Blog domba2domba Mencapai 100,000 Paparan Halaman!

Segala puji syukur kepada Tuhan, blog domba2domba telah mencapai paparan halaman (pageviews) yang ke 100,000 hari ini.  

Sungguh tidak kusangka sewaktu aku memulakan blog ini pada 9 April 2011 bahawa pada suatu hari ianya akan mencecah angka seperti ini.

Aku juga berterima kasih kepada semua kawan-kawan dan pembaca-pembaca setia blog ini kerana andalah yang memberi inspirasi kepadaku untuk terus menulis.


Aku telah membuat catitan Facebook pada pukul 11.15 pagi tadi mengenai peristiwa ini. Mungkin ada beberapa orang yang sudah melihatnya. Aku muatkan lagi di sini supaya, seperti kata Yesus, "penabur dan penuai sama-sama dapat bersukacita" (Yohanes 4:36).




Terima kasih kerana sama-sama menabur dan menuai dalam pelayanan ini. Seperti yang telah kutuliskan dalam artikel "Mimpi Tukang Masak dan Penyambut Tetamu," anda telah menjadi Rakan yang penting dalam pelayanan ini. Setiap kali anda mengklik butang "Like" atau "Share" pada artikel di blog ini, anda telah membawa ramai kawan-kawan untuk melawat dan membaca di blog ini. 

Jadi, aku insaf bahawa pelayanan ini adalah usaha kita bersama, dan tentu sekali bukan usahaku seorang diri. Anda telah menjadi saluran berkat kepada ramai orang yang di luar lingkungan kenalanku. 

Dengan itu, segala kesyukuran kepada Tuhan kerana telah memimpin kita bersama sehinggalah ke hari ini. Biarlah kasih karunia-Nya terus menyertai kita dalam perjalanan yang seterusnya....

Sekarang juga penuai telah menerima upahnya dan ia mengumpulkan buah untuk hidup yang kekal, sehingga penabur dan penuai sama-sama bersukacita. Sebab dalam hal ini benarlah peribahasa: Yang seorang menabur dan yang lain menuai. (Yohanes 4:36-37)