Sabtu, 6 Julai 2013

Kisah Kapal Perang Yang Tidak Mahu Mengalah


Kapal Perang


Berikut ini transkrip perbualan radio di antara sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat dan pihak berkuasa Kanada (CND) di pesisiran laut Newfoundland pada Oktober 1995.

Kapal Amerika: Sila tukar haluan anda 0.5 darjah ke selatan untuk menghindarkan pelanggaran.

Jawapan CND: Kami cadang agar anda mengubah haluan 15 darjah ke selatan untuk menghindar pelanggaran.

Kapal Amerika: Di sini Kapten Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat. Saya ulangi, tukar haluan anda.

Jawapan CND: Tidak, saya ulangi, anda ubah haluan ANDA.

Kapal Amerika: INI IALAH KAPAL PERANG USS CORAL SEA. KAMI IALAH KAPAL PERANG BESAR DARI TENTERA LAUT AMERIKA SYARIKAT. TUKAR HALUAN ANDA SEKARANG!!

Jawapan CND: Ini ialah rumah api. Terserahlah pada anda.



Rumah Api

__________________________


Kisah ini dikatakan bukan kisah benar, dan juga telah dinafikan oleh pihak Tentera Laut Amerika Syarikat. Namun begitu, kisah ini tersebar luas di internet dan juga telah menginspirasikan sebuah iklan mengenainya (di bawah).





Kesimpulan: Kebenaran tidak pernah berubah, yang perlu berubah ialah sikap dan perangai manusia.

(Diterjemah daripada artikel laman America's Navy, "The Lighthouse Joke")