Sabtu, 13 Julai 2013

Tahukah Anda... YouVersion Bible App Telah Mencapai 100 Juta Muat Turun?



Bible App YouVersion telah mencapai
100,000,000 muat turun Ahad lalu
YouVersion Bible App telah mencapai 100 juta muat turun pada petang Ahad lepas. Baru lima tahun yang lalu, ianya merupakan antara 200 app yang pertama yang ditawarkan oleh iTunes, yang sekarang berjumlah lebih 900,000. Sepanjang tiga tahun berturut-turut, Apple telah meletakkan Bible App ini, yang boleh digunakan dengan kira-kira semua jenis alatan digital mudah-alih, di kalangan 100 app percuma yang paling popular. 


Pastor yang pertama memikirkan idea untuk menggunakan teknologi untuk menjadikan Alkitab lebih mudah diakses melalui smart phone dan tablet mengatakan bahawa dia pada mulanya mengharapkan 80,000 muat turun pada enam bulan pertama. Sasaran itu telah tercapai pada hujung minggu pertama Bible App itu telah dilancarkan. 

Pastor Bobby Gruenewald
dari LifeChurch.tv
Pastor Bobby Gruenewald dari LifeChurch.tv di Oklahoma memberitahu The Christian Post, "Perkara yang paling menarik tentang mencapai 100 juta muat turun (install) ialah ianya hanyalah permulaan... Berkali-kali kami telah melihat Tuhan telah menggunakan pencapaian sesuatu tahap untuk menjana pertumbuhan yang berlipatganda. Sebenarnya kami telah mencapai 50 juta install cuma 14 bulan yang lalu pada Mei 2012. Kami tahu bahawa Tuhan mahu melakukan begitu banyak lagi untuk membawa orang kepada Firman-Nya, dan kami percaya ianya bermula dengan 100 juta."

Lebih 500 versi Alkitab dalam lebih 300 bahasa telah diberikan oleh para penerbit dan persekutuan Alkitab secara percuma kepada YouVersion Bible App. Tambahan lagi, ratusan orang sukarelawan yang komited telah membantu 20 lebih kakitangan YouVersion untuk "memberikan layanan pelanggan bertaraf dunia bagi app yang diberikan secara percuma," katanya.


YouVersion Bible App telah mencapai 100 juta muat turun "Install"


Dalam tinjauan pertama di kalangan pelanggan YouVersion, komuniti pembaca Alkitab digital terbesar di dunia, lebih 77 peratus daripada orang yang menjawab tinjauan telah membaca Alkitab dengan lebih kerap kerana akses yang mudah. Hampir sepertiga menggunakan Bible App itu di tempat kerja, di samping itu 81 peratus di rumah, 60 peratus di gereja dan 55 peratus "di mana saja berada."


Tinjauan mengenai tempat penggunaan YouVersion Bible App


YouVersion juga memberitahu The Christian Post bahawa satu lagi kajian telah mengesan 31 juta orang telah menghantar ayat-ayat Alkitab melalui Twitter, Facebook, emel dan sms pada 2012; tiga ayat yang paling banyak dihantar ialah Yesaya 53:5, Ibrani 4:15 dan Matius 7:7.

(YouVersion Bible App boleh didapati dalam pelbagai bahasa di dunia termasuk bahasa-bahasa Malaysia, Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut dan lain-lain lagi)


(Diterjemah daripada artikel The Gospel Herald bertajuk "Bible App's 100 Million Download Milestone is 'Fuel for Exponential Growth'" penulisan Joshua Cheng bertarikh 12 Julai 2013)